in

“Menteri jatuh, laju noh minta maaf” – JKR Kuala Langat Mohon Maaf Insiden KJ Jatuh Basikal Akibat Jalan Berlubang

Jkr Wth

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dilaporkan cedera akibat terjatuh ke dalam parit gara-gara terlanggar lubang besar di atas jalan semasa sedang berbasikal.


Perkara tersebut dimaklumkan beliau di Twitter rasminya dan beliau kini difahamkan sedang berehat dan dalam keadaan baik meskipun mengalami sedikit kecederaan di bahagian muka. Mujurlah Abah KJ tak ada apa-apa ye? 

 

JKR Kuala Langat mohon maaf pada menteri 

Meskipun tidak diketahui di mana kejadian tersebut berlaku, susulan kejadian itu, pihak JKR Kuala Langat telah membalas tweet KJ dengan ucapan maaf atas apa yang berlaku.

Menurut pihak JKR, mereka akan mengambil tindakan segera atas apa yang berlaku dan berdoa semoga YB KJ cepat sembuh.

Susulan tweet tersebut, rata-rata netizen nampaknya tidak berpuas hati dan mula meluahkan rasa marah mereka kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dikatakan culas dalam kerja penurapan hingga menyebabkan kemalangan dan kecederaan kepada orang ramai.

 

“Nak kena tunggu Menteri jatuh dulu ke baru nak amik tindakan?” 

Rata-rata netizen nampaknya menggunakan platform berkenaan untuk melepaskan rasa marah mereka dengan pihak JKR yang katanya tidak efisyen dalam melakukan tugas dan baru sedia ingin mengambil tindakan apabila perkara tersebut melibatkan pihak atasan seperti seorang ‘Menteri’. 

Malah lebih menyedihkan, masalah lubang di atas jalan ini sudah meragut nyawa dan menyebabkan kecederaan kepada orang awam sejak dulu lagi.

Pothole

Apa-apapun diharapkan pihak yang berwajib ambillah pengajaran di sebalik apa yang berlaku. Takkan nak tunggu orang atasan cedera dulu baru nak turap jalan kan? 

Baca: KJ Cedera, Langgar Lubang Ketika Berbasikal

Untitled Collage 100

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.