in

Menteri Besar Kedah Menang Saman, RM670,000 Perlu Dibayar Oleh Saifuddin

6sanusi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bersalah memfitnah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berhubung dakwaan kecurian unsur nadir bumi (REE) dan penyelewengan wang peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Screenshot 2025 08 24 at 1.11.07 PM

Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohamad Johan Lee memerintahkan Saifuddin membayar ganti rugi am berjumlah RM600,000 serta kos sebanyak RM70,000 kepada Muhammad Sanusi. Mahkamah turut membenarkan tuntutan plaintif secara khusus berkaitan kenyataan mengenai REE dan MARRIS yang dibuat defendan pada 2023.


Menurut laporan Berita Harian, selain bayaran ganti rugi, Saifuddin turut diperintahkan membuat permohonan maaf yang perlu diterbitkan dalam sebuah akhbar bahasa Melayu dan sebuah akhbar bahasa Inggeris dalam tempoh 14 hari. Permohonan maaf itu juga perlu dimuat naik di akhbar utama selepas mendapat kelulusan daripada pihak plaintif.

Screenshot 2025 08 24 at 1.11.42 PM

Mahkamah mengekalkan perintah injuksi yang melarang defendan atau ejennya mengulangi kenyataan berkaitan tuduhan mencuri REE dan penyelewengan peruntukan MARRIS. Muhammad Sanusi diwakili barisan peguam diketuai Wan Rohimi Wan Daud, manakala Saifuddin diwakili peguam Navpreet Singh bersama William Leong dan Sakina Siraj.

Kes saman ini difailkan pada 3 Ogos 2023 selepas Saifuddin didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ketika berucap dalam dua majlis berasingan pada Julai 2023. Kenyataan tersebut menuduh Muhammad Sanusi selaku Menteri Besar Kedah dan Menteri Besar Incorporated (MBI) terbabit dalam kecurian REE di Kampung Chong, Sik, serta menyalahgunakan peruntukan MARRIS.

Baca: Lebih Kukuh & Murah, MB Kedah Saran Tanam Buluh Jadi ‘Pagar’ Di Sungai Korok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.