in

“Mental dia tak sihat! Hang dok buat kelakar konon lawak lah ye?” – Ini Kisah Sebenar Viral Kancil Masuk Bangunan Airport

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masalah tekanan perasaan tak boleh dibuat main sebab perkara ni melibatkan mental dan fikiran seseorang. Setiap individu perlulah menitikberatkan mengenai soal ini jika tidak ianya akan membawa kesan yang negatif kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Kadang-kadang ianya juga akan mengakibatkan sesuatu perkara berlaku diluar kawalan seseorang.


Macam yang berlaku di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dimana seorang wanita berusia 55 tahun memandu sebuah kereta kancil dengan slamba meluru masuk ke dalam lapangan terbang dan mengakibatkan keadaan di sekeliling airport menjadi kelam kabut.

Hasil daripada soal siasat dipercayai wanita ini mengalami tekanan perasaan yang mengakibatkan dia bertindak sedemikian.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus, Kapten (PA) Ahmad Kamal Hakim Ngah, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.36 petang sebelum anggota APM bergerak ke tempat kejadian, lapor Harian Metro.

Walau bagaimanapun, wanita tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Namun sedikit mencuri tumpuan apabila wanita tersebut yang merupakan salah satu anggota APM terus menaiki ambulans APM setelah kenderaan itu tiba di tempat kejadian. Selang satu jam kemudian, wanita ini diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Meskipun ada segelintir netizen seakan-akan mempermainkan masalah tekanan perasaan namun ada juga yang mendoakan agar wanita ini diberi kesihatan dan kembali pulih.

Baca : “Dia ada tanah dekat Raub” – Viral Bawa Kereta Kancil Buruk, Adakah Ini Desas Desus Identiti Owner Kereta Tersebut?

 

 

 

 

 

Sumber: Malaya Post
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.