in

“Menipu lagi!” – Penjaga Pasar Awam Disaman Kerana Ganti Cecair Pembasmi Kuman Dengan Air Paip

Ccc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam norma baharu ini, sudah pasti kita sudah terbiasa dengan prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di tempat awam. Memakai pelitup muka, mengimbas kod QR, mengambil suhu badan dan menggunakan cecair pembasmi kuman adalah antara SOP yang perlu kita patuhi.


Pernah atau tidak, ketika korang menggunakan cecair pembasmi kuman semasa di pasaraya atau pusat membeli-belah, ada kalanya cecair pembasmi kuman yang disediakan terasa seperti air biasa sahaja?

C1 1

Namun ianya tidak mustahil! Ada kemungkinan pemilik premis ingin mengurangkan kos perbelanjaan bagi membeli cecair pembasmi kuman disebabkan harganya yang agak mahal dan perlu dibeli dalam kuantiti yang banyak.

Seperti kejadian yang berlaku di Kulim, Kedah ini. Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Tindakan licik seorang penjaga pasar awam di Kulim ini akhirnya dapat dihidu oleh pihak berkuasa apabila dia didapati menggantikan cecair tersebut dengan air paip. Tergamaknya!

Lelaki yang berusia 38 tahun itu telah didakwa di bawah Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana menukarkan cecair pembasmi kuman dengan air paip. Malah lelaki itu juga dikompaun sebanyak RM1,000 kerana tidak mematuhi SOP,  lapor Astro Awani.

C 2

 

“Kami bimbang. Harap semua patuh SOP” – Ketua Polis Daerah Kulim

Susulan peningkatan kes jangkitan COVID 19 di Kedah, Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Azhar Hashim menegaskan agar semua penduduk tempatan mematuhi SOP ketika berada di luar rumah.

“Saya juga berharap pelanggan mematuhi semua SOP yang ditetapkan seperti penggunaan pelitup muka dan diharap ia akan dipatuhi sepenuhnya. Kami dan agensi berkenaan akan sentiasa memastikan semua SOP ini diikuti”

C2 2

 

Kepada peniaga di luar sana, janganlah memperdaya orang awam atas dasar keuntungan. Jika kita sama-sama menjaga antara satu sama lain pasti kita dapat hentikan wabak ini daripada terus menular.

 

Baca: “Gunalah minyak tanah sebagai cecair pembasmi kuman” – Presiden Filipina

Cc 3

Sumber: Astro Awani
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.