in

“Meniaga zaman sekarang…” – Peniaga Wanita Dikritik Selamba Sarung Tuala Wanita Ketika ‘Live’

peniaga wanita sarung pad ketika live

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah video siaran langsung yang dimuat naik menerusi laman sosial TikTok mengundang kritikan ramai apabila dua peniaga wanita dilihat mempromosikan produk tuala wanita dengan memakainya di luar seluar.

Tindakan itu telah menimbulkan rasa kurang senang netizen kerana aksi terbabit dianggap tidak beradab dan tidak menjaga maruah sebagai seorang wanita.


Seorang pengguna Threads yang memuat naik semula video itu berkata, cara kedua-dua wanita itu berniaga tidak sesuai apatah lagi salah seorang daripada mereka berhijab.

“Macam-macam cara kan meniaga zaman sekarang, tapi macam tak kena je siap sarung pad tu… yang bertudung tu alahai…” katanya.

Artikel berkaitan: “Santau Nusantara” – Trending Di TikTok Luar Negara, Tunjuk Cara Buat ‘Love Spell’ Guna Tuala Wanita?

Artikel berkaitan: 5 Barang Feminin Yang Asalnya Dicipta Khusus Untuk Lelaki

Screenshot 2025 08 15 123210

Menerusi video terbabit, dapat dilihat peniaga tersebut memakai tuala wanita sambil menunjukkan demonstrasi cara pemakaiannya.

Mungkin peniaga yang melakukan aksi itu mahu meraih perhatian penonton di TikTok, namun tindakan itu telah memberi reaksi negatif orang ramai.

Dalam pada itu, netizen juga berharap ada tapisan dilakukan terhadap peniaga sebegini kerana ia tidak sesuai untuk tontonan umum.

Screenshot 2025 08 15 123427 Screenshot 2025 08 15 123440

Nak guna cara kreatif ketika berniaga tak salah, tapi biarlah cara itu tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.