in

“Santau Nusantara” – Trending Di TikTok Luar Negara, Tunjuk Cara Buat ‘Love Spell’ Guna Tuala Wanita?

Ft Mat Salleh Santau

“Aku rasa kes menembak turun lah kot.”

Demikian antara reaksi netizen apabila mendapat tahu bahawa ramai artis dari negara Barat cuba amalkan love spell dengan menggunakan kaedah santau.

Perkara itu diketahui selepas ada beberapa pengguna TikTok kongsikan tips love spell tersebut tular dari TikTok hingga ke paltform X.

Artikel Berkaitan : Ustaz Azhar Idrus Jawab Hukum Santau Perdana Menteri Israel

Artikel Berkaitan : “Hutang RM2K pun nak kecoh” – Wanita Derita Disantau Rakan Sebab Kerap Minta Bayar Hutang

Berdasarkan perkongsian tersebut, kaedah yang dilakukan adalah dengan menggunakan tuala wanita, mereka perlu tulis nama penuh jejaka yang mereka idamkan besertakan tarikh lahir lelaki tersebut, si pelaku mengatakan ia perlu pakai ketika datang bulan dan amalkannya selama 2 hari.

Satu lagi video menunjukkan kaedah yang lebih kurang sama di mana wanita tersebut menulis nama lelaki itu, tetapi yang ini ada beberapa ramuan tertentu perlu ditambah.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet di negara Malaysia sampaikan meraih lebih daripada 2,900 jumlah perkongsian dalam masa sehari ia dimuat naik.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen anggap ia satu perkara yang melucukan dan ada yang memberikan komen sarkastik mengenai mereka. Antara komen yang diberikan adalah mungkin kes tembak menembak yang kian terjadi di negara Barat bakal menurun kerana menggunakan kaedah ‘secara halus’.

Malah ada juga memberikan lawak satira untuk tidak menunjukkan mereka cara untuk melakukan nasi tangas/nasi kangkang kerana mereka mengubahnya dengan menggunakan pasta.

 

“Jangan bagi diaorang tahu pasal minyak dagu” – Netizen

Santau Santau2 Santau3

Min bayangkan kalau diaorang tahu pakai pelaris, mesti makin laku produk diaorang ni. Tapi min rasa tu hanya kebetulan tu, sebaiknya jauhilah ilmu hitam ini kerana ia akan mendatangkan kemudaratan di kemudian hari. 

Sumber : X