in

Zahid dan Isteri Guna Dana RM900,000 Untuk Bayar Hutang?

Capture 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita tahu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru sahaja dilantik sebagai Presiden UMNO yang ketujuh hari ini. Namun baru-baru ini, tular pulak berita tentang Zahid akan disiasat oleh pihak SPRM berkaitan dengan penyelewengan duit.


Menurut NST, esok beliau akan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa menyalahgunakan dana yayasan.

Presiden UMNO itu dipercayai telah menyalahgunakan dana sebanyak RM900,000 untuk menyelesaikan kad kreditnya dan isteri antara tahun 2014 dan 2015. Weyyyy…..

Images
sumber: blog

Difahamkan, siasatan ke atas penyelewengan tersebut telah dimulakan sejak awal tahun ini. Pengarah Penyiasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani berkata, suruhanjaya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu pada hari Isnin.

Buat masa ini, kami tak dapat dedahkan apa-apa kerana siasatan ke atas kes ini masih berjalan. SPRM hanya boleh keluarkan kenyataan seawal-awalnya, esok.”

Yayasan itu telah didaftkarkan pada 3 Mac 1997 dan masih aktif. Ia didaftarkan sebagai sebuah syarikat swasta yang kegiatannya termasuklah ‘menerima dan mentadbir dana untuk membasmi kemiskinan’.

Kes seleweng duit lagi? Satu-satu terbongkar….

Baca: Ini Sebab Zahid Jumpa Tun M

Adad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.