in

“Mengadulah kepada-Nya” – Ibu Aliff Aziz Titip Pesanan Menyentuh Hati, Nasihat Agar Doa Rawat Masalah

Ft Ibu Aliff Aziz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam Ruhainies dan Aliff Aziz telahpun memberikan kenyataan berhubung dengan kes mereka ditangkap khalwat. Sehubungan itu, ia mengundang pelbagai reaksi netizen dan rakan artis.


Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah satu pesanan dan nasihat daripada ibu Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil yang meluahkan isi hatinya yang sedang sedih dengan mengatakan bahawa setiap ujian pasti akan ada hikmahnya.

Artikel berkaitan : “Saya sampai jam 11.30” – Kakak Ruhainies Tunjuk Mesej Perbualan, Nafi Jawi Datang 3 Pagi

Artikel berkaitan : Bella Astillah Hadir Mahkamah Untuk Sebutan Cerai, Tak Letak Syarat Kalau Aliff Aziz Nak Jumpa Anak

Menerusi IG Story miliknya, Hafiza juga percaya bahawa doa adalah senjata utama dalam merawat segala kesulitan dan masalah.

Ibu Aliff Aziz Ibu Aliff Aziz 2

“Akan ada hari kita berasa sedih dan gembira, janganlah berputus asa. Apabila hidup ini susah, ingatlah bahawa tiada yang kekal.”

“Kamu telah lalui hari yang baik sebelum ini dan akan merasainya lagi dengan rahmat-Nya.”

“Berhentilah berasa risau. Mulakan dengan berdoa dan kamu akan berasa lebih tenang. Mengadulah kepada-Nya. Ia jauh lebih baik daripada bercakap tentang masalah kita pada orang lain untuk mendapatkan penerimaan ramai.

“Bersyukur kepada Allah atas segalanya, sedikit demi sedikit cubalah mendekatkan diri dengan Allah.

Ibu Aliff Aziz 3

Pada 9 Mac lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita Aliff dan Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Mereka dibebaskan dengan jaminan kira-kira jam 2 petang pada hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah pada satu tarikh yang ditetapkan.

Sumber : Instagram, mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.