in

“Mengadu sakit dada…” – Influencer UK Maut Selepas Buat Prosedur Besarkan Z*kar Di Bangkok

Syaz Ft 2026 09 08T154258.209

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keinginan seorang pempengaruh media sosial dan ahli perniagaan Britain-Nigeria untuk melakukan prosedur kosmetik bertukar tragedi apabila beliau dilaporkan maut selepas menjalani suntikan pembesaran alat sulit di sebuah klinik di Bangkok, Thailand.

Igho ‘Tiny’ Ubiribo, 43, meninggal dunia pada awal pagi 6 Mac lalu, namun butiran lanjut mengenai punca kematiannya hanya didedahkan baru-baru ini menerusi laporan media susulan inkues di Mahkamah Koroner Inner West London.


Artikel berkaitan: “Bukan buat lawak lucah” – Ustazah Norhafizah Perjelas Isu Kongsi Doa Kuatkan Zakar Dalam Majlis Ilmiah

Artikel berkaitan: Warga Emas Ditahan R*ba Alat Sulit Wanita, Guna Alasan Nak Buang Gangguan Jin

Menurut laporan Sinar Harian, prosedur berkenaan melibatkan penggunaan kira-kira 40 mililiter asid hyaluronik dan lidokain sebagai bahan pengisi bagi meningkatkan ukur lilit alat sulitnya.

Ubiribo dilaporkan menjalani prosedur tersebut pada 5 Mac sebelum pergi mendapatkan perkhidmatan urutan bersama isterinya, Danielle Simba Allen. Walau bagaimanapun, ketika sesi urutan berlangsung, beliau mula mengadu mengalami sakit dada yang amat sangat sebelum tidak sedarkan diri sebanyak dua kali.

Images 27

Isterinya yang panik terus menghubungi ambulans sebelum mangsa bergegas dilarikan ke Hospital Sukhumvit di Bangkok untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Sewaktu tiba di hospital, Ubiribo pada mulanya masih sedar dan mampu menjawab soalan pihak perubatan. Isterinya turut memaklumkan kepada doktor mengenai prosedur suntikan yang dilakukan suaminya beberapa jam sebelum itu. Bagaimanapun, beliau sekali lagi tiba-tiba tidak sedarkan diri sebelum sempat menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT).

Doktor mendiagnosis mangsa mengalami embolisme pulmonari iaitu keadaan di mana saluran darah di bahagian paru-paru tersumbat, lalu memindahkan beliau ke unit rawatan rapi (ICU). Pasukan perubatan telah bertungkus-lumus melakukan bantuan pernafasan serta resusitasi kardiopulmonari (CPR) selama lebih 100 minit, namun gagal menyelamatkan nyawanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EGO (@ego2222)

Pemeriksaan bedah siasat yang dijalankan di Britain kemudiannya menemui bahan asing di dalam paru-paru Ubiribo yang sepadan dengan asid hyaluronik yang digunakan dalam suntikan berkenaan. Pakar patologi, John du Parcq mengesahkan dapatan itu selaras dengan hasil bedah siasat awal yang dilakukan oleh pihak hospital di Thailand.

Penolong koroner, Jean Harkin akhirnya menyimpulkan bahawa prosedur kosmetik yang dijalankan di Bangkok itu telah menyebabkan embolisme pulmonari sehingga membawa kepada kematian Ubiribo.

Ubiribo atau lebih dikenali sebagai Denisi merupakan seorang personaliti media sosial yang mempunyai kira-kira 185,000 pengikut di Instagram dan sering berkongsi gaya hidup mewahnya. Beliau mendirikan rumah tangga bersama pereka fesyen dan sosialit terkenal, Danielle Simba Allen di Zimbabwe pada tahun 2022.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.