Kecoh di media sosial mengenai sebuah klip video yang memaparkan seorang ustazah berkongsi doa dipercayai untuk menguatkan alat kelamin suami.
Difahamkan, perkongsian itu dalam satu acara tertutup untuk wanita dan bersama-sama di atas pentas itu ialah selebriti dan usahawan tersohor, Neelofa.
Video itu telah meraih perhatian ramai, segelintir netizen mempersoal dan mengecam tindakan Ustazah Norhafizah Musa berkongsi doa tersebut.
Artikel berkaitan: Jiran Luah Bunyi Bising Di Pusat Tahfiz Sampai Lewat Malam, Ustazah Norhafizah Beri Respon
Artikel berkaitan: “Hubungan intim bukan punca utama” – Ustazah Asma’ Harun Dakwa 90% Pasangan Bercerai Sebab…
Namun, ada juga yang bersifat terbuka dan menyifatkan tindakan yang dilakukan ustazah tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
https://twitter.com/The_Mamu/status/1747816242365472945
Bercakap dari sudut hukum hakam
Justeru, Ustazah Norhafizah tampil memperjelas mengenai video terbabit, meminta netizen untuk fahami konteks lebih mendalam supaya tidak disalah erti.
“Saya bercakap dari sudut hukum hakam dan bagaimana Islam melihat tentang keperluan melayan suami.
“Jadi doa yang saya kongsikan itu memang doa yang diperlukan untuk memohon kepada Allah SWT bagi mengatasi masalah tersebut kepada sesiapa yang menghadapi masalah seperti itu.
“Bukanlah doa itu tidak ada sandarannya, saya kongsi juga sandaran, nama kitab dan nama ulama’ yang menyebut doa tersebut tetapi saya nak jelaskan doa itu bukan disandarkan oleh Rasulullah SAW,” jelasnya.
Dalam pada itu, ustazah meminta mereka yang komen negatif perlu menonton video penuh dan bersangka baik.
“Ustazah bukan buat lawak lucah, bukan cakap benda-benda yang tidak sepatutnya. Saya hanya berkongsi doa itu untuk majlis ilmiah dan yang datang itu pun memang ada yang hadapi masalah tersebut,” katanya.
Sementara itu, ustazah meluahkan rasa syukur kerana ada juga segelintir pihak yang berterima kasih dan mahu mengamalkan doa tersebut.
Sumber: Gempak