in

Menari Di Tengah Jalan Sebab Sahut Cabaran Pengikut, Instafamous Disaman Polis

Cats 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara menari di tengah jalan sebagai kandungan media sosial, seorang selebriti Instagram, Shreya Kalra menerima padah.


Dalam video yang dimuat naik, Shreya dilihat menari di lintasan pejalan kaki di Rasome Square, India. Difahamkan, tarian tersebut dilakukan sebagai menyahut cabaran yang diberikan oleh pengikutnya untuk menari di kawasan awam.

1 11

Dengan berlatar belakangkan lagu Woman oleh Doja Cat, selebriti Instagram ini dilihat menari dengan rancak sambil ditonton oleh pengguna jalan raya yang sedang menunggu lampu merah bertukar hijau.

Video ini dimuat naik oleh Shreya di Instagram. Beliau sempat menasihati pengikutnya agar tidak melanggar peraturan dan berhenti ketika lampu isyarat bertukar merah.

“Tolong jangan langgar peraturan – lampu merah bermakna anda perlu berhenti, bukan sebab saya menari. Jangan lupa pakai pelitup muka”, ujar Shreya di Instagram.

4 1

2 6

Bagaimanapun, video ini tular dan mendapat perhatian pihak polis. Polis telah bertindak mengeluarkan notis saman kepada selebriti Instagram ini kerana melanggar peraturan lalu lintas.

Namun begitu, masih ada warganet yang memuji Shreya kerana tariannya yang bagus dan menarik.

 

Sumber: India.com

BACA: Instafamous Viral Kerana ‘Honeymoon’ Di Johor Dihukum Penjara Sehari & Denda RM2.5k

Capture 11

Sumber: Shreya Kalra
Sumber: Shreya Kalra
Sumber: Shreya Kalra

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.