in

“Pelik mainan budak sekarang” – Rendam Cool Fever Dalam Air, Ramai Join Trend Main ‘Babi Air’ Di TikTok

F4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin lama, semakin banyak trend pelik yang tular di media sosial terutamanya di TikTok. Mungkin ramai yang bosan terperap kat rumah kot, tu yang banyak masa terluang join trend pelik ni kan. Budak-budak pulak ramai yang tak boleh ke sekolah, jadi dorang mungkin buntu tak tahu nak buat apa. 


Kali ini, muncul pula trend baru iaitu menternak ‘babi air’ di TikTok. Mesti ramai yang tak faham apa benda lah ‘babi air’ ni kan?

Cool Fever 3

Untuk pengetahuan korang, ‘babi air’ merupakan cool fever yang telah direndam dalam air sehingga kembang. Uish, siapa punya idea lah nak buat benda ni? Tak tahu nak kata kreatif atau pelik. Tak pernah terfikir pulak admin nak buat cool fever jadi mainan. 

Cool Fever 2

Difahamkan, anda perlu merendam cool fever tersebut dalam air selama beberapa hari. Kalau rendam dua jam je, benda tu takkan kembang. Ramai juga yang tertanya-tanya kenapa lah ramai yang berminat sangat nak main dengan ‘babi air’ ni kan?

Rasanya, benda ni berjaya menarik minat kanak-kanak sebab apabila kembang, cool fever terbabit nampak seperti jeli yang berwarna-warni. Mungkin sebab dia colourful dan ada tekstur yang sama macam slime kot. 

Cool Fever 1

Trend bela 'babi air' yang tengah hype dekat TikTok.Sebab ada yang tanya macam mana nak buat 'babi air', kami sertakan…

Posted by ODISI on Friday, January 8, 2021

 

Namun, perkara ini telah meresahkan sesetengah ibu bapa yang buntu sebab ada antara anak mereka yang sanggup membazirkan wang untuk membeli cool fever. Ye lah, orang beli untuk kurangkan demam, boleh pulak dorang buat jadi mainan. Macam dah takde mainan lain dah kat rumah tu. 

Cool Fever 4

Selain itu, ada juga netizen yang risau kalau stok cool fever di farmasi akan habis jika ramai beli untuk buat benda ni. Kesian lah kan untuk orang yang betul-betul memerlukan cool fever ni untuk anak dorang yang demam. 

Cool Fever 5

Ada juga yang berpendapat lebih baik bela hamster daripada ‘menternak babi air’ yang tidak dapat bergerak ni. Rasanya, daripada bazirkan duit beli ni, lebih baik bela kucing atau hedgehog. Lagi comel. 

Jadi, untuk parents kat luar sana, kalau tiba-tiba anak korang mintak duit nak beli cool fever, lebih baik jangan bagi. Takut lain pulak jadinya. 

Baca: “Nampak je bersih”- Makan Isikel Jadi Trend Baru di TikTok, Jangan Ikut Sebab...

Cool Fever

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.