in

Membanggakan! Uncle Kentang Bakal Terima Anugerah ‘Points Of Light’ Daripada Queen Elizabeth II

Fi Uncle

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan aktivis masyarakat Kuan Chee Heng, atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang yang sering berusaha untuk membantu masyarakat.


Walaupun berbangsa Cina, dia tidak lokek untuk membantu bangsa lain yang berada dalam kesusahan.

 

Uncle Kentang dapat anugerah

Baru-baru ini melalui akaun Facebooknya, Kuan Chee Heng berkongsi bahawa dia mendapat email yang menyatakan dia bakal menerima anugerah ‘Points Of Light’ daripada Queen Elizabeth II. Anugerah ini diperoleh beliau setelah bertungkus lumus menolong orang yang kurang berkemampuan.

Selain itu, difahamkan juga anugerah tersebut diberikan kepada individu dari negara Komanwel (negara jajahan British), sebagai pengiktirafan dan penghargaan atas usaha dan sumbangan dilakukan kepada masyarakat.

I received an e mail informing us that we will be receiving the Commonwealth Points of Light Award by Her Majesty Queen…

Posted by Kuan Chee Heng on Saturday, May 22, 2021

 

Menerusi laman web rasmi pointsoflight.gov.uk, aktivis berusia 58 tahun itu merupakan rakyat Malaysia keempat yang menerima anugerah itu sejak diperkenalkan pada tahun 2018.

Uncle 1

 

“Anugerah ni untuk anda semua”

Di ruangan kapsyen, Uncle Kentang menzahirkan rasa syukur dan turut menyifatkan anugerah tersebut hasil daripada sokongan rakyat Malaysia sendiri.

Salam sayang dan kasih. Terima kasih kepada congratulatory notes mengenai Points of Light Award oleh Her Majesty Queen…

Posted by Kuan Chee Heng on Saturday, May 22, 2021

“Sebenar nya penghargaan tersebut adalah untuk anda semua. Tanpa anda, kita tidak dapat membantu orang.

“Tanpa usaha anda setiap kali melaungkan tutup tutup ramai yang akan kelaparan dan yang meninggal akan berduka kerana tiada ada yang urus. 

“Saya dengan rendah diri memaklumkan penghargaan itu BUKAN UNTUK SAYA SENDIRI.. TETAPI IA ADALAH HAK ANDA SEMUA DAN HAK RAKYAT MALAYSIA yang telah “gila” menderma,”gila” membantu dan “gila” memberi sokongan kepada semua inisiatif kita.” katanya.

Bangga dengan pencapaian rakyat Malaysia macam Uncle Kentang ni, harap ramai lagi yang suka membantu orang dalam kesusahan dalam negara kita ni.

Sumber : Facebook , pointsoflight

 

Baca : “Dia hanya nak tipu ibunya” – Viralkan Kes Saman Palsu RM 10K, Uncle Kentang Mohon Maaf Pada Polis Ipoh

Foot Uncle

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.