Dalam keadaan kes semakin meningkat, pastinya PKP perlu dilanjutkan dan sekaligus ia merupakan satu bebanan besar buat segelintir golongan.
Biarpun kita hidup di zaman moden yang sibuk ini, masih ramai juga manusia yang bersikap mulia dengan menghulurkan bantuan ikhlas kepada golongan terjejas ini, salah satu kaedahnya adalah foodbank di mana ada satu rak yang disusunkan makanan untuk kepada golongan susah secara percuma.
Namun, masih ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam kesempitan ini sehingga menindas mereka yang betul-betul memerlukan macam satu keluarga dalam video ini.
Satu keluarga sapu licin makanan yang disediakan.
Menerusi Twitter @My_CrimeWatch kejadian ini berlaku di sebuah stesen minyak di Petaling Jaya. Niat murni penganjur untuk membantu golongan susah ini menjadi hampa apabila rakaman CCTV menunjukkan satu keluarga ini ‘sapu licin’ makanan dekat foodbank itu.
https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1413131788306681858
Dalam video yang berdurasi 1 minit 45 saat, dilihat seorang wanita mengambil makanan sebanyak mungkin, kemudian diikuti oleh individu lain yang dipercayai ahli keluarganya yang keluar dari kereta Proton Wira berwarna merah yang parkir berhampiran kawasan tersebut.
Habis semua makanan yang disediakan, mereka bergegas ke kereta dan berlalu pergi.
Melihat video tersebut, ia telah meraih lebih daripada 2,000 jumlah retweets dalam masa 13 jam ia dikongsikan.
Rata-rata netizen bengang dan menyifatkan ia sebagai satu perbuatan pentingkan diri sendiri dan tidak berhati perut, ada juga yang kongsikan pengalaman mereka yang seakan-akan sama dengan kejadian yang mereka saksikan ini.
— ZuanZain (@zuan_zain) July 9, 2021
Selfish, tamak – Netizen
Seandainya mereka memang benar-benar susah, kenalah sedar bahawa ramai lagi yang rasa perkara yang sama macam mereka alami dan seandainya mereka bukan orang yang susah, harap lepasni jadikan pengajaran sebab CCTV ada je kat mana-mana.