Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, banyak bantuan yang disalurkan dari individu dan badan bukan kerajaan (NGO).
Namun, kadang-kala agak sukar untuk kita pastikan bantuan yang diberi sampai ke tangan penerima atau tidak.
Bagi pelakon Adrian Edy, 24, inisiatif yang dijalankan olehnya merupakan bantuan dari segi food bank
Pada mulanya Adrian ingin pulang ke kampung halamannya di Sabah untuk menghulurkan bantuan namun disebabkan oleh pandemik yang melanda dia memutuskan untuk meletakkan barangan di satu tempat sahaja.
Food bank yang telah dibuka itu menyediakan barangan keperluan harian seperti beras, telur, mee, susu, gula dan minyak serta dipenuhkan setiap hari pada pukul 7 pagi
Food bank yang disediakan itu telah memberi manfaat kepada lebih 100 buah keluarga dan Adrian bercadang untuk menambah lagi dua food bank bagi membantu lebih ramai keluarga.
Bantuan yang disediakan itu terletak di Sekolah Kebangsaan (SK) Pomotodon Inanam, Kota Kinabalu dibuka pada 7 pagi hingga 5 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat laporThe Star.
Simple je tempat bantuan Adrian, yang penting bantuannya diterima…
Adrian turut bercadang untuk menyediakan bantuan alat tulis apabila sekolah dibuka semula selain menyediakan sarapan pagi satu atau dua kali seminggu.
Nama Adrian mula dikenali peminat tempatan menerusi telemovie Ku Rindu Kibarmu serta telemovie Panggilan Subuh.
Usaha murni macam ni patut dipuji, semoga semakin ramai yang akan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Baca : Pergi Kerja Sambil Pakai Gelang Pink Lepas Balik Sabah, Lelaki Dipenjara 14 Hari Denda RM1,000