in

“Melecur kalau kena gigit” – Ini Cara Merawat Kesan Gigitan Semut Charlie

1234678

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah digigit semut atau kerengga? Walaupun hanya bersaiz kecil, tapi kesan gigitan tu aduh menyakitkan. Tapi jangan ambil mudah kalau digigit semut sebab ada satu jenis semut ni sangat berbahaya sampai boleh menyebabkan kesan lecur dan bernanah. “Charlie Ants” atau dikenali sebagai “semut kayap‘ dalam kalangan orang kita ialah serangga yang berbadan seperti kerengga berbelang hitam dan oren.


Charlie

Memandangkan sekarang musim kenduri, pasti ada yang akan berkunjung ke utara sana. Jadi, korang takkan miss ber-OOTD di tengah bendang (sawah padi). Hati-hati! Charlie ni banyak ada di kawasan paya dan pertanian yang ada tali air. Tapi korang jangan terus takut ke negeri-negeri belah sana sebab Charlie pun dah pandai migrate ke seluruh tempat termasuk di Sabah dan Sarawak. Kena hati-hati walaupun di mana saja berada.

Kesan

Kesan luka Charlie

Kalau korang tiba-tiba rasa gatal dekat kulit seakan melecur, maybe korang kena gigit dengan Charlie. Menurut link yang dikongsi menerusi akaun Twitter @KKMPutrajaya , kesan gigitan yang mempunyai toksin paederin ini boleh berterusan sampai dua minggu lamanya.

Minggu first tu korang akan nampak dan rasa bahagian yang sakit menggelembung sebesar jerawat yang bernanah. Cecair toksin ni juga akan hasilkan kesan ‘garisan’ pada kulit.  Kalau toksin ni kena mata, boleh sampai buta. Takutnya!

Line

Sampai macam tu sekali parutnya. Patutlah orang cakap gigitan Charlie kalau dah kena, rasa macam terkena api.

Cakar

Cakaran syaitan dikatanya. Sebelum tidur kena make sure tilam bersih dan cadar dikibaskan. Orang tua kata kena tepuk bantal sekurangnya tiga kali.

Tips kalau terkena gigitan Charlie

Apa yang perlu korang buat untuk elak daripada Charlie ni?

  1. Pakai pakaian yang berlengan panjang dan jauhkan diri daripada habitat Charlie
  2. Tutup lampu, pintu dan tingkap sebab Charlie ni suka cahaya waktu malam.
  3. Tak perlu sembur dengan semburan aerosol pun sebab Charlie ni kebal.
  4. Boleh try letak ubat gegat, confirm lari lintang pukang. Jangan letak dekat muka pulak. 

Lepas tu korang boleh try benda ni.

  1. Bersihkan cecair toksin dengan air dan sabun secukupnya
  2. Jangan garu atau lenyekkan semut ketika masih ada di kulit, seeloknya guna kertas untuk korang pijak-pijak sampai mati, haa baru padan muka dia!
  3. Paling penting, pergi jumpa doktor untuk dapatkan rawatan segera dan jangan berlengah

Admin pun pernah kena gigit dengan Charlie ni time balik kampung tahun lepas. Sedar-sedar dah berbirat dekat belakang badan. Itu pun mak admin yang tegur, patut lah rasa macam pedih semacam je dekat belakang. So untuk korang, be careful okay, jangan sampai kena sengat. 

 

Baca: Bisanya 12 kali Ganda Racun Ular Tedung, Lakukan Tindakan Ini Jika Semut Charlie Hinggap Di Kulit

Screen Shot 2019 06 30 At 5.10.23 Pm

 

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.