in

“Melayu pandang grammar” – Video Instafamous Power Sampai Dapat Pujian Zachking Tapi Netizen Kutuk Grammar Berterabur?

Zachsofyan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak lama dulu, nama Sofian Abdullah pernah jadi sebutan ramai selepas video hasil suntingannya mendapat perhatian Youtuber terkenal, Zachking.


Sofian ni boleh dikatakan agak hebat jugaklah sebab dia berkesempatan untuk hasilkan video bersama idolanya, Zachking dan pelakon Hollywood terkenal, Will Smith tau. Bukan calang-calang si Sofian ni! 

 

“Video dah ok tapi bahasa kena betulkan” – Netizen

 

Baru-baru ni, Sofian kembali lagi dengan video baru dan mendapat reaksi positif daripada idolanya, siap Zachking ni buat video react lagi. Wah untunglahhh!

Zachking mengakui yang dia suka dengan hasil kerja editing Sofian tau! Ini videonya di Instagram Sofian:

Nah video react daripada Zachking: 

Tapi yang tak bestnya, selain komen daripada Zachking, Sofian juga mendapat komen-komen negatif daripada netizen yang rata-rata kata videonya best tapi grammarnya berterabur pula. 

Menurut netizen, mereka takut je orang luar tak boleh faham sebab cara Sofian cakap English agak perlahan dan susunan ayat pun tak betul. Pulak dah! 

English
sumber: instagram

 

“Video power gila babi sampai zachking pun buat video dengan dia, tengok-tengok Melayu pandang grammar” 

Komen-komen begini kemudian mendapat respon balas netizen di Twitter pula yang berpendapat mengapa orang kita kena persoalkan grammar orang lain.

Mereka ini menyokong hasil editing Sofian dan berharap instafamous ni tak ada lah terasa hati dengan komen-komen macam tu.

Power
sumber: twitter

Apa-apapun keep it up Sofian! Semoga terus sukses ya. 

Baca: Berbakat Hasilkan Video Unik, Siapa Sangka Lelaki Ini Diajak Jumpa Personaliti YouTube Zach King

Magic

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.