Berbakat Hasilkan Video Unik, Siapa Sangka Lelaki Ini Diajak Jumpa Personaliti YouTube Zach King

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Korang pernah dengar tak nama Zach King, seorang personaliti Youtube dan pencipta digital content terkenal dunia yang selalu buat video-video awesome ala magic?

Dia ni selalu buat suntingan video yang kreatif dan sentiasa dapat tontonan sekitar 1 juta view bagi setiap videonya di YouTube.

Order burger dan french fries, dapat terus dari telefon

Menjadikan Zach sebagai idolanya, anak tempatan,  Mohamad Sofian Abdullah, 23, sering kali memuatnaik video menarik hasil suntingannya di Instagram.

Dalam salah sebuah video terbarunya, Sofian dilihat membuat pesanan makanan menggunakan telefon.

Dia kemudiannya membuat pembayaran menggunakan wang tunai melalui telefon itu sebelum diberikan sebiji burger.

Macam mana dia buat ek? Macam mana boleh keluar french fries dari telefon tu?

“I’d love to meet you” – Zach King

Sofian yang juga menggunakan videographer di Radio ERA bukan satu nama asing bagi peminat-peminat video tempatan.

Dah lama juga bakatnya menjadi perhatian ramai, malah namanya juga pernah muncul di ruangan berita online.

Cuma kali ini nasibnya bakal berubah apabila Zach King sendiri dah sedar bakat dan kreativiti Sofian!

Wow, siapa kata orang Malaysia tak power!

Bukan itu saja, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga berikan respond di Twitter bagaimana nak berhubung dengan Sofian.

Sumber: Instagram

Cuma original Tweet tu dah kena delete oleh pemilik asal.

Terbang ke Jakarta untuk jumpa idola

Tak sangkalah personaliti antarabangsa betul-betul nak berjumpa dengan anak Melayu kita.

Tanpa melengahkan masa, Sofian pun terus membuat pasportnya dan terbang ke Jakarta, Indonesia malam tadi.

Terbaiklah Sofian. Akhirnya, masa yang digunakan untk edit semua videonya membuahkan hasil.

Tengok sajalah video-video dia yang lain ni. Kreatif dan memang mantap!

Syabas Sofian sebab berjaya membuktikan orang Malaysia bukan calang-calang orangnya.

Siapa tahu satu hari nanti dia akan dipanggil bekerja untuk team video filem Hollywood pula?

Baca: “Kau ingat ini PowerPoint presentation ke syaiton!” – Pengantin Terkejut Tengok Hasil Video Kahwin

 

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.