“Melampau sangat cara didikan tu” – Ibu Libas Kepala Anak Banyak Kali Sampai Mati Sebab Tak Fokus Study

Memang lah sayang anak tu ditangan-tangankan tapi jangan lah sampai tak bernyawa dibuatnya…

Seorang ibu dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun kerana didapati bersalah memukul anaknya sampai maut akibat kecederaan parah di kepalanya.

Menerusi WORLD OF BUZZ, ibu tersebut buat homeschool kepada anaknya sejak Januari lepas. Sepanjang tempoh pembelajaran ni, anak dia tak memberikan tumpuan dalam pembelajaran.

 

Hentak kepala anak paki objek tumpul

Sumber : chinaSMACK

Disebabkan itu, ibu dari Xianyang City, Shaanxi, China ni pukul kepada anaknya berulang kali kalau dia tak siapkan homework yang ibunya dah bagi.

Keesokan paginya, ibu yang dikenali sebagai Hu ni terkejut tengok anak dia muntah-muntah. Dia terus hantar anak dia ke hospital, amat mendukacitakan yang anak dia dah meninggal dunia.

Pihak forensik mendapati bahawa anak dia dipukul berulang kali di bahagian kepala menggunakan objek tumpul.

Malah, perbuatan itu dilakukan banyak kali sebelum ini kerana budak lelaki tersebut mengalami pendarahan banyak di bahagian dalam atas kepalanya yang menyebabkan dia termuntah-muntah, bahkan budak lelaki tersebut dikatakan tersedak muntah sendiri.

Disebabkan itu, trakea (saluran pernafasan manusia) jadi tersumbat sampai dia tak boleh nak bernafas. Hasil penyiasatan polis, ibu dan anak itu merupakan keluarga kandung.

 

Disabitkan bersalah tapi belum dipenjarakan lagi sebab..

Sumber : Dailymail

Walaubagaimanapun ibunya kini masih belum boleh dipenjarakan kerana sedang mengandungkan anak kedua. Namun dia di bawah pemantauan Biro Keselamatan Polus Daerah Wugong sebelum dimasukkan ke dalam penjara kerana kes kematian ini.

Walaupun mahkamah mengakui bahawa keganasan terhadap anaknya telah melanggar undang-undang dan menjadi satu kes jenayah, hukuman yang lebih ringan tiga tahun penjara diikuti dengan tempoh percubaan tiga tahun telah dilaksanakan kerana dia adalah pesalah kali pertama.

Selepas kes pasal penangkapan Hu viral kepada umum, ramai yang marah dengan sistem penghakiman kerana ‘bagi muka’ dekat Hu ni:

“Takkanlah disebabkan dia mengandung pun tak kena tangkap? Habis anak dia yang merana tu?”

“Anak tu memang patut di didik dan kena ajar cara berdisiplin, tapi cara dia ni dah melampau sangat”

Rata-rata geram apabila mengetahui tindakan Hu tu. Hurmm pukul sebab nak didik anak ni memang dah sinonim dengan cara ibu bapa di Asia, tapi kena lah berpada-pada, nak tegas jangan sampai menggunakan keganasan.

 

Baca : Duda OKU Dibelasah Guna Kayu Berpaku Sampai Mati Sebab

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.