in

“Melampau lah kalau dah macam ni”- Seorang Pemandu Van Dijatuhi Hukuman Mati Sebab Tikam Dua Pegawai Kesihatan Sewaktu Pemeriksaan Wabak Covid-19

Combine Korona

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin hari semakin bertambah kes wabak Covid-19 tak kira dalam negara mahupun luar negara. So disebabkan itu, setiap orang sentiasa diingatkan untuk selalu mengambil langkah berjaga-jaga yang betul untuk memastikan persekitaran dalam keadaan selamat.


Covid China 1

Di China, bagi mengelakkan diri daripada diperiksa oleh pegawai kesihatan seorang individu dikenali sebagai Ma Jianguo bertindak menikam dua orang pegawai kesihatan sewaktu melalui pusat pemeriksaan kesihatan untuk kawalan penyebaran wabak Covid-19.

Korona

Dilaporkan pada hari kejadian, dia sedang memandu mini van sebelum ditahan oleh pegawai bertugas bagi tujuan pemeriksaan.

Namun, dia enggan memberikan kerjasama lalu penumpang mini van tersebut cuba untuk mengalihkan sekatan jalan raya, lapor New York Post

Susulan daripada kejadian itu, pemandu tersebut berasa marah dan terus menikam pegawai berkenaan di bahagian dada dan perut dengan sebilah pisau dan terus menyerang pegawai lain yang datang untuk memberikan bantuan.

Malangnya kedua-dua pegawai tersebut mati akibat cedera parah. Kejam lah, pegawai tu nak jalankan tugas je pun

Oleh itu, dia telah dijatuhkan hukuman mati daripada pihak mahkamah di China kerana menikam dua orang pegawai kesihatan sehingga mati.

Kenapa mesti sampai nak tikam ? Boleh je ikut prosedur buat pemeriksaan kesihatan tu supaya kalau ada apa-apa berlaku boleh handle cepat kan. Tapi, dia dah dapat hukuman so kira adil lah kan ? 

Baca : “Tak Percaya topeng muka boleh lindungi dari Covid-19” – Rakyat Hong Kong Enggan Pakai Topeng Muka

Topeng Muka

 

Sumber: Google

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.