in

“Melampau gila!” – Lepas Gajah, Lembu Mengandung Pula Termakan Mercun Sampai Rahang Meletup

Collage 14

Minggu yang sama gajah mengandung terbunuh lepas makan kelapa berisi mercun, kejadian hampir sama turut berlaku pada seekor lembu yang sedang mengandung di Himachal Pradesh di Daerah Bilaspur, India.

Menurut Hindustan Times, lembu mengandung ini dikatakan telah termakan tepung bola berisi mercun yang meletup dalam mulutnya hingga menyebabkan rahangnya pecah.

Insiden ini hanya tular bila pemilik lembu, Gurdayal Singh memuat naik video haiwan yang cedera parah ini di media sosial pada 6 Jun.

Walaupun rahangnya cedera parah, lembu ini berjaya melahirkan anaknya tapi masih tak boleh makan dan hanya dimasukkan air gula.

Screenshot 2020 06 09 At 3.01.55 Pm 1

Gurdayal menuduh jirannya, Nand Lal Dhiman telah mencederakan lembunya itu dan kini jirannya telah pun ditahan oleh pihak polis.

Pihak polis Bilaspur mengesahkan insiden ini dan berkata pihak polis telah melawat kawasan jenayah tersebut bersama pasukan perubatan untuk merawat lembu tersebut.

Kes ini juga telah disiasat di bawah Seksyen 286 Akta Kekejaman Terhadap Haiwan selepas Gurdayal membuat laporang polis yang lembunya ini sedang makan di padang 20 meter dari rumahnya jam 8.15 malam ketika dia mendengar bunyi letupan.

Bila saya tiba di tempat letupan, lembu tersebut dah pun cedera parah.”

Kalau korang nak tahu, meletak bahan letupan di dalam bola tepung yang juga dipanggi “aalu bomb” adalah amalan biasa petani di Himachal bagi mengelakkan haiwan liar masuk ke padang mereka.

Di negara ini juga, cara tersebut turut digunakan untuk memburu daging haiwan liar yang merupakan aktiviti haram di sana.

Apa yang menyedihkan, lembu malang ini bukan dipelihara untuk dijadikan makanan tapi dibela sebagai haiwan peliharaan.

Dah boleh stop kot buat benda-benda macam ni? Tak pasal-pasal haiwan lain pun kena jugak!

 

Baca: “Takde hati perut!!!” – Gajah Mengandung & Lapar Mati Berdiri Dalam Sungai Lepas Orang Bagi Makan Mercun

Screenshot 2020 06 09 At 3.03.41 Pm

Sumber: Instagram