in

“Mcm mana pihak berkuasa nak tau tulen atau palsu?” – Ada Pihak Jual Sijil Digital Vaksin Palsu di Media Sosial

Ft Sijil Digital Vaksin Palsu Dah Dijual Rm15 E1630805956730

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya ‘ramalan’ netizen sudah menjadi kenyataan. Sijil digital pengesahan individu lengkap disuntik dua dos vaksin Covid-19 dikesan telah mula dijual. Menurut Kosmo, perkara itu dikongsikan Ketua Jabatan Obstetriks dan Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Datuk Dr. Mohd. Rushdan Mohd. Noor di Facebook peribadinya.

Difahamkan, pihak tidak bertanggungjawab yang menjual sijil digital vaksin itu menerusi media sosial pada harga RM15 dan sijil palsu tersebut memaparkan maklumat penerima sijil berkenaan.


Sijil Digital Vaksin Palsu

 

Macam mana nak tahu tulen ke palsu?

Pihak berkuasa perlu melakukan semakan ketulenan sijil digital tersebut dengan mengimbas kod QR yang tertera pada sijil. Bagaimanapun, beliau berkata, masalah yang akan timbul adalah kesukaran pihak berkuasa untuk melakukan semakan terperinci.

Sudah mula dijual di atas talian. Kalau orang ramai dibenarkan buat kad pengenalan sijil vaksin ataupun mencetak sendiri sijil vaksinasi, macam mana pihak berkuasa nak kenal antara yang tulen dan palsu?”

Lengkap Dua Dos Vaksin

 

Siapa ada maklumat, minta tampil

Susulan itu, polis Kedah telah menerima satu laporan polis semalam berhubung penularan isu penjualan sijil vaksin digital palsu ini. Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, laporan polis berhubung kegiatan itu diterima jam 9.44 pagi semalam.

Menurut Berita Harian, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua- duanya.”

Setakat ini, tiada laporan polis yang diterima berkaitan pemilikan atau penjualan sijil vaksin digital palsu dan PDRM Kedah menasihatkan orang ramai supaya berhati- hati serta tidak mudah terpengaruh untuk memiliki sijil terbabit.”

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kes ini diminta untuk tampil menyalurkan sebarang informasi kepada PDRM Kedah di talian 04-7741275 atau MERS 999 atau Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Noorulazanni Muhammad Noor di talian 011-10318409.

Baca: “Lengkap dua dos vaksin, boleh bercuti di Langkawi” – MB Kedah

Langkawi

Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.