in

Mawi Buka Mulut Pasal Isu Ekin Tegur Kedai Makan Seafood Caj Mahal

ft mawi respon isu kedai seafood

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi dan penyampai radio Mawi mengulas isu caj mahal yang dikenakan kedai makan seafood yang menurutnya, isu ini sebenarnya tidak perlu diperbesarkan. Seperti yang kita sedia maklum, pemilik kedai makanan laut itu ada tampil memberikan perincian harga yang telah dipesan oleh Ekin.

Berikutan itu, Mawi menjelaskan seandainya pemilik kedai tersebut menjelaskan harga kepada Ekin dari awal, isu ini tidak akan diperbesarkan. Mawi turut menyatakan bahawa ia sepatutnya dijadikan pengajaran bagi kedua-dua belah pihak.


Artikel Berkaitan : “Kami makan tak sampai 20 orang” – Ekin Beri Kenyataan Balas Penjelasan Pemilik Restoran Seafood

Artikel Berkaitan : “Selidik sebelum nak kejar glamour!” – Mawi & Ekin ‘Lancar Perang’ Buat Individu Tak Bertanggungjawab

“Kita sebagai pengguna pun dapat belajar sesuatu, sebagai peniaga pun dapat bealjar sesuatu juga, tak perlu lah lagi nak dipanjang-panjangkan, cukuplah menu makanan tak ada, harga tak ada, cukup lah.”

Dalam pada itu, Mawi turut meluahkan rasa geram terhadap segelintir pihak yang sengaja membuat spekulasi mengenai rumah tangganya.

Screenshot 2023 10 06 184453

Menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, pihak yang tidak bertanggungjawab itu menyatakan bahawa rumah tangga mereka kini sedang goyah dan Mawi menegaskan bahawa dakwaan itu adalah fitnah. Mawi juga ada membuat laporan polis susulan dengan kenyataan fitnah tersebut.

“Dia meletakkan tajuk yang membuatkan orang ragu-ragu, yang merasakan rumah tangga kita bermasalah, tajuk dia tu membuatkan kawan-kawan kita, hubungi kita, bila ditunjukkan pautan baru kami faham.”

Screenshot 2023 10 06 184515

Jelas Mawi lagi, ini bukanlah kali pertama dirinya terkena dengan khabar angin seperti ini. Namun begitu Mawi menjelaskan kali ini jadi melampau apabila pihak tersebut menggunakan gambarnya yang sedang sedih semasa pengebumian ibunya sebagai modal untuk buat putar belit cerita.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.