Nama pasangan selebriti Mawi dan Ekin kebelakangan ini banyak disebut, belum reda dengan isu tular berkenaan restoran seafood yang didakwa meletakkan harga terlalu mahal untuk mereka, kali ini bekas juara Akademi Fantasia itu membuat laporan polis pula?
Menerusi laman Instagram miliknya, Mawi yang juga merupakan penyampai radio itu memberitahu dia dan isteri telah pun membuat satu laporan polis terhadap individu yang mendakwa rumah tangganya kini sedang berantakan.
Artikel berkaitan: “Lain kali, tanya depan-depan” – Linda Hashim Terkilan Tindakan Ekin, Viralkan Kedai Ibu Saudaranya
Artikel berkaitan: “Kami makan tak sampai 20 orang” – Ekin Beri Kenyataan Balas Penjelasan Pemilik Restoran Seafood
View this post on Instagram
Posting Instagram berkenaan memaparkan Mawi dan isterinya Ekin menggunakan kapsyen ‘perang bermula’ sambil memegang laporan polis yang telah dibuat oleh mereka itu.
Dalam laporan Astro AWANI, kedua-dua pasangan suami isteri itu difahamkan membuat laporan itu di balai polis Bangi.
“Ya, saya buat laporan polis di Bangi, semalam. Ia berkaitan berita palsu yang disebarkan oleh pihak itu mengenai rumah tangga saya.
Jadi, kami serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan,” katanya.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Mawi meluahkan rasa kecewa terhadap fitnah yang mengatakan rumah tangganya sedang berantakan dan info itu tersebar sekaligus menimbulkan persepsi kurang baik buat mereka berdua.
Sumber: Astro AWANI