in

Mat Kilau Cetus Fenomena, Perak Cadang Set Penggambaran Jadi Tarikan Pelancongan

Cats 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terus mencetuskan fenomena luar biasa apabila berjaya meraih kutipan tiket berjumlah RM53 juta dalam tempoh 12 hari tayangan di pawagam.


Baru-baru ini, kerajaan negeri Perak sedang menimbang cadangan untuk mengekalkan set penggambaran filem arahan Syamsul Yusof di Padang Koba Telok Bakong, Bota sebagai destinasi pelancongan filem.

Jdmatkilau Bhfield Image Socialmedia.var 1652842841

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, berkata cadangan itu akan dipertimbangkan bagi mengangkat industri filem negara. Beliau juga mahu lokasi tersebut menjadi tarikan baharu di Perak.

“Ini satu cadangan yang baik. Setakat ini, kita belum melakukan apa-apa untuk mengekalkan lokasi penggambaran terbabit kerana difahamkan, ia bukan set kekal.

“Jadi, kita akan lihat cadangan, sama ada kita perlu kekalkan lokasi berkenaan sebagai destinasi pelancongan filem popular,” ujar beliau dalam satu sidang media.

Selain itu, cadangan untuk menjadikan lokasi penggambaran filem Mat Kilau turut selari dengan penubuhan Perak Film Office (PFO) sejak tahun 2016. Untuk rekod, PFO menawarkan khidmat untuk membantu pengusaha filem mencari lokasi penggambaran yang sesuai dengan kehendak mereka.

Kredit: Berita Harian

BACA: Persatuan Sikh Malaysia Kecewa Cara Filem Mat Kilau Tonjolkan Watak Kaum Lain

Capture 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.