in

Persatuan Sikh Malaysia Kecewa Cara Filem Mat Kilau Tonjolkan Watak Kaum Lain

Collage 11

Disebalik kejayaan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, ia juga tak terlepas dari beberapa kontroversi.

Terbaru, Persatuan Sikh Malaysia telah mengeluarkan kenyataan meluahkan kekecewaan mereka  melibatkan watak Sikh yang dipaparkan dalam filem tersebut.

Kumpulan ini mengatakan filem ini mempunyai komponan fiksyen yang boleh menyebabkan salah faham agama dan kaum di Malaysia.

Dalam filem tersebut, Sikh yang memakai turban dan merupakan askar British ditonjolkan telah mengasari orang tua, kanak-kanak dan orang-orang yang tak berkemampuan. Bahagian ini diletakkan oleh penerbit untuk menyedapkan lagi jalan cerita.

(Bagaimanapun), ajaran Sikh melarang sesiapa pun mengasari orang tua, kanak-kanak, wanita mahu pun orang-orang yang tidak berkemampuan sekali pun ketika berperang.”

Fxibh Caqaedygw

Kata persatuan ini lagi, walaupun babak-babak kontroversi yang dipaparkan hanyalah fiksyen semata-mata, ianya tidak sedap dilihat dan mengecewakan sentimen Sikh.

Ekoran ini, pertubuhan ini meminta agar industri filem Malaysia tidak mengeluarkan apa-apa filem yang boleh menyakitkan agama atau kaum lain atau boleh menyebabkan salah faham terhadap sesuatu agama dan kaum.

Mungkin lepas ni penerbit filem perlu lebih berhati-hati lebih-lebih lagi bila tayangkan filem yang berkaitan dengan sejarah. 

 

Baca: Tak Letak Logo Finas Dalam Filem, Penerbit ‘Mat Kilau’ Mengaku Tersalah Pandang

Screenshot 2022 07 08 At 3.45.05 Pm