in

Masih Ingat Cik Non Yang Viral Dulu? Suami Maklum Founder Produk Kurus Meninggal Dunia

cik non meninggal dunia viral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu ketika dulu, nama Cik Non pernah tular di media sosial selepas dia dikaitkan dengan beberapa isu kontroversi seperti ubat kurus.

Namun hari ini, kita dikejutkan dengan satu berita sedih apabila Cik Non atau nama penuhnya Nor Shahada Aisyah dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada 3.45 pagi malam semalam.


Berita ini dimaklumkan oleh suaminya sendiri di akaun TikTok @sabarituindahtau24434 pada pagi ini.

@

♬ –

Menurut suami arwah, dia tidak akan membuat sesi live tentang majlis pengebumian arwah dan memohon maaf bagi pihak isterinya jika ada membuat salah silap.

Adik arwah sahkan kematian kakaknya 

Menerusi satu posting di Facebook, seorang netizen juga telah memuat naik posting IG adik Cik Non yang juga mengesahkan pemergian kakaknya.

285491669 859186298817879 5171015572754441022 n

Menurut komen netizen, ada yang mendakwa kematian arwah berpunca daripada jangkitan kuman yang sudah sampai ke otak hingga menyebabkan arwah kemudian ditidurkan.

Rata-rata netizen yang mendapat berita tersebut bagaikan tidak percaya apa yang berlaku dan mendoakan semoga urusan arwah dipermudahkan dan ditempatkan bersama para solehin.

delete

Al Fatihah… harap tak adalah yang berkongsi gambar-gambar lama arwah ya. 

Baca: “Ayah dah pergi dulu…” – Pemergian Yang Dicemburui, Lelaki Meninggal Dunia Ketika Solat Terawih

mati

Sumber: Facebook
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.