in

“Masih dibenarkan beraksi” – Eric Cantona Seru FIFA Gantung Israel Seperti Rusia

syaz ft 2025 09 19T142048.252

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Legenda suka bola sepak antarabangsa, Eric Cantona meluahkan rasa hampanya apabila pasukan bola sepak Israel masih dibenarkan beraksi meskipun negara itu sedang giat melakukan kekejaman serta serangan terhadap Palestin.

Beliau menggesa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menggantung penyertaan Israel daripada bola sepak antarabangsa, sama seperti hukuman yang dikenakan terhadap Rusia selepas pencerobohan ke atas Ukraine.


Artikel berkaitan: Konvoi Global Sumud Flotilla Kini Berlayar Dari Tunisia Ke Gaza, Cabar Sekatan Israel Demi Sampaikan Bantuan Kemanusiaan

Artikel berkaitan: “Pintu neraka sedang terbuka” – Israel Beri Amaran Teruskan Serangan, Bunuh 51 Penduduk Gaza

“Empat hari selepas Rusia memulakan perang di Ukraine, FIFA dan UEFA segera menggantung Rusia.

Sekarang sudah 716 hari berlalu dalam apa yang Amnesty International labelkan sebagai pembunuhan beramai-ramai tetapi Israel masih dibenarkan beraksi,” katanya.

Sebelum ini, pada Februari 2022, sejurus Rusia menyerang Ukraine, pasukan kebangsaan dan kelab negara itu digantung daripada semua kejohanan anjuran FIFA dan UEFA termasuk Piala Dunia 2026.

Namun, Presiden UEFA, Aleksander Ceferin mempertahankan keputusan tidak menggantung Israel, dengan alasan atlet tidak wajar dihukum atas tindakan kerajaan mereka.

“Apa yang berlaku terhadap orang awam memang menyakitkan hati saya, tetapi saya tidak menyokong penggantungan atlet.

Apa yang boleh dilakukan seorang pemain bola sepak untuk menghentikan perang?” kata Ceferin.

Beliau turut menegaskan bahawa walaupun Rusia digantung lebih tiga tahun, perang tetap berlanjutan.

 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.