in

“Mana datang statement ni?” – Abby Abadi Bersuara Isu Anak Nikah Di Thailand

abby abadi anak nikah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan isu tular Marissa Dania Hakim yang dikhabarkan telah pun bernikah dengan suami orang di Thailand, Abby Abadi akhirnya tampil bersuara.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Abby mendedahkan yang dia tidak pernah mengesahkan bahawa anaknya telah bernikah di sana.


Dalam masa yang sama, Abby turut memberitahu yang dia tidak pernah membela ataupun memenangkan anaknya sejak isu tersebut tular.

Artikel berkaitan: “Hati seorang ayah terguris” – Kecoh Isu Pasal Anak, Netizen Tinggalkan Komen Sokongan Di IG Norman Hakim

Artikel berkaitan: “Riak muka tenang, air mata langsung tak ada” – Kakak Dedah Misya Dapat Tahu Sehari Sebelum Pulang Umrah

Kenyataan itu dimuat naik untuk memberi teguran kepada segelintir pihak yang memutar belit hantarannya yang mendakwa dia membela Marissa.

“Ya Allah, bila pulak saya bela anak saya dengan cakap macam ni?

“Ambil dari mana statement ni? Bila jawab, pusing sana sini. Bila diam, buat cerita sendiri. Bekerja tu ingatlah doa pahala sama ya,” tegur Abby.

IMG 9111

Dalam pada itu, Abby turut berkongsi satu lagi hantaran di Instagram Story mengenai kenyataan sebuah media yang mengatakan dia dan Norman Hakim mahu anaknya bercerai dengan Aslam.

“Sebagai ibu, dari awal isu ini, saya tak pernah bela dan menangkan anak saya. Kalau betul berlaku seperti yang digembar-gembur, Allah lah sebaik-baiknya tempat mengadu.

“Semoga Allah melindungi anak-anak saya,” katanya.

IMG 9112

 

Sebelum ini, dakwaan Marissa berkahwin dengan lelaki bernama Aslam di Thailand disahkan oleh kakak ipar lelaki itu iaitu Nadiah Mazlan menerusi satu kenyataan kepada media.

Manakala, Abby dan Norman tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dakwaan terbabit dan memilih untuk mengunci mulut.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.