in

Mampu Musnahkan Dunia, Asteroid Gergasi Hampiri Bumi Pada Jarak Selamat Esok, 29 April!

Feature 3 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, ramai antara kita yang sempat tengok fenomena bulan Super Pink Moon dan fenomena hujan meteor. Alang-alang kita duduk rumah je sekarang ni kan, banyak masa yang kita boleh guna untuk tengok keindahan alam.


Kali ini, ada fenomena yang lagi dahsyat yang dijangka akan terjadi pada bumi. Menurut Facebook rasmi Planetarium Negara, asteroid bersaiz gergasi dijangka akan menghampiri bumi esok pada 29 April! Wow, seram sejuk admin!

Info@Planetarium 4. Asteroid 1998 OR2#Astronomi#StayHome#Planetariumnegara

Posted by Planetarium Negara on Sunday, April 26, 2020

Menurut Live Science, saiz asteroid terbabit boleh memusnahkan bumi.

Namun, korang jangan risau sebab asteroid tersebut akan hampiri bumi pada jarak yang selamat. Jadi, asteroid tu bukan lah nak hentam bumi pun, ia cuma lalu je kalau dalam istilah mudah.

Asteroid 1

Asteroid tersebut dikatakan bersaiz antara 1.8 km hingga 4.1 km. Asteroid yang juga dikenali sebagai asteroid 1998 OR2 dijangka akan berada pada jarak 6.3 juta kilometer ataupun lebih daripada 16 kali jarak Bumi ke Bulan. Fuh, jauh tu.

Asteroid 2

Asteroid 3

Selain itu, pihak NASA juga telah meramalkan bahawa terdapat beberapa lagi asteroid yang berhampiran dengan Bumi namun kesemuanya tidak akan menyebabkan kemusnahan pada Bumi kita.

So, korang jangan risau. Kita boleh teruskan je kehidupan kita seperti biasa.

 

Baca: Lepas Gerhana Matahari & Meteor, Esok Malam Korang Boleh Tengok Gerhana Bulan Penumbra Pula!

Bulan

Sumber: Space.com
Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.