in

Malaysia Catat Kes Pertama Jangkitan Manusia Ke Manusia, Wanita Sungai Petani Terjangkit Dari Abang Yang Positif Coronavirus

Sg Petani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua hari lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah mengesahkan bahawa seorang lelaki rakyat Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Singapura sah positif dijangkiti coronavirus.


Malah admin juga ada menulis berita mengenai mangsa ni yang katanya telah membuat kontak dengan 100 orang terdekat ketika di Kedah dan Kelantan semasa cuti Tahun Baru Cina tak lama dulu.

Koor
sumber: lm

 

Kes pertama jangkitan manusia kepada manusia di Malaysia

Hari ini Menteri Kesihatan telah mengesahkan dua lagi kes coronavirus yang kini membawa kepada 14 kes yang sah positif wabak tersebut di Malaysia.

Lebih mengejutkan, salah seorang daripada dua pesakit tersebut ialah rakyat Malaysia yang juga adik kepada pesakit pertama Malaysia tadi. Dengan ini, Malaysia kini sudah ada kes pertama jangkitan dari manusia kepada manusia lain di negara ini.

Menurut tweet KKM, adik mangsa merupakan antara 42 kontak rapat abangnya yang berjaya dikesan melalui contact tracing yang dilakukan pihak KKM. 41 orang lagi telah disahkan negatif daripada virus tersebut.

Kenyataan penuh Menteri Kesihatan juga memaklumkan wanita terbabit telah dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan pihak KKM masih aktif menjalankan aktiviti pengesanan kontak.

Harap-harap bilangan kes ini tidaklah bertambah dari semasa ke semasa. Seremmm pulak admin baca! 

Baca: GEMPAR! Lelaki Pertama Malaysia Dijangkiti Coronavirus Dianggar Mungkin Telah Berjumpa dengan Hampir 100 Orang di Kedah & Kelantan?

Jumpa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.