in

GEMPAR! Lelaki Pertama Malaysia Dijangkiti Coronavirus Dianggar Mungkin Telah Berjumpa dengan Hampir 100 Orang di Kedah & Kelantan?

Jumpa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tarik nafas panjang-panjang dan bawa bertenang ye gais…

Masih ingat mangsa pertama warganegara Malaysia yang sah dijangkiti coronavirus lepas dia attend satu mesyuarat kat Singapura?


Menurut Menteri Kesihatan Datuk Dzulkefly Ahmad, lelaki tu telah bertemu dengan delegasi dari China dan ada di antara mereka berasal dari Wuhan. 

 

Pesakit sambut Tahun Baru Cina di Kedah & Kelantan sebelum disahkan terkena coronavirus?

Guess what korang, lepas lelaki itu pulang dari Singapura, dia katanya telah pergi ke Sungai Petani dan Kelantan bersama isterinya semasa cuti Tahun Baru Cina dan pada ketika itu, dia sudah pun menunjukkan gejala yang berkemungkinan dijangkiti coronavirus. 

Menurut Sin Chew Daily, disebabkan gejala sakit tu hanya selesema biasa lepas mengalami demam dan batuk, dia hanya pergi ke hospital swasta untuk dapatkan rawatan pada 23 Januari lepas.

Dia kemudian katanya continue bercuti ke kampung halaman di Sungai Petani, Kedah. Malah siap ada gambar lagi dia bersama-sama keluarga di sana.

Msian Man With Coronavirus May Have Exposed 100S Of People In Selangor Kelantan To The Disease World Of Buzz 2 768X576 1
gambar hiasan

Selepas di Kedah, dia kemudian travel pulak ke Kelantan untuk melawat keluarga belah isterinya dan pulang semula ke Sungai Petani untuk hadiri majlis ‘reunion’ dengan kawan-kawannya. Allahuuuu ramai betul orang dia jumpa! 

 

2 Februari baru dimasukkan ke hospital 

Namun akhirnya pada 2 Februari 2020 barulah mangsa diasingkan ke Hospital Sungai Buloh lepas dia disahkan positif coronavirus.

Msian Man With Coronavirus May Have Exposed 100S Of People In Selangor Kelantan To The Disease World Of Buzz
sumber: wob

Lelaki itu juga pada masa yang sama mendakwa dia mempunyai kontak dengan tidak kurang daripada 100 orang sepanjang bercuti di Malaysia dalam tempoh musim perayaan.

Apa-apapun diharapkan korang kat luar sana yang sakit dan merasakan ada simptom-simptom berkaitan, silalah ke hospital segera. Jaga kesihatan dan kebersihan semua ye gais! 

Baca: “Pekerja GM Klang Dijangkiti Coronavirus” – Pusat Pemborong Popular Nafi Kes Viral Pasal Coronavirus

Palsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.