in

“Makcik terima kasih basuh tandas kami” – Anak Terharu Emak Cleaner Sekolah Dapat Surat Dari Pelajar SJKC

Macik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seringkali orang memandang rendah terhadap pekerjaan sebagai tukang cuci atau lebih mudah dipanggil cleaner. Hal ini kerana cleaner sering dianggap kotor dan pekerjaan yang paling rendah dalam satu organisasi.


Pun begitu, lain pula yang dihadapi oleh makcik cleaner ini apabila ada murid di sekolah tempatnya bekerja menghargai jasa dan pengorbanan seorang tukang cuci. 

 

“Harini aku pulak rasa sangat terharu ada murid ni buat mak aku macam ni” 

Menerusi perkongsian anak kepada makcik cleaner ini di Twitter, dia tidak menyangka emaknya telah menerima sepucuk surat daripada seorang pelajar sekolah jenis kebangsaan cina.

Surat itu menulis tentang bagaimana pelajar tu sangat menghargai jasa makcik cleaner ini yang mencuci tandas sekolahnya sampai bersih sehingga dia sangat suka pergi ke tandas.

Tak cukup dengan tu, budak sekolah tu siap bagi biskut Oat Cruch lagi pada mak dia. Waaah terharunyaaa!

Cleaner 1

Edg9Qiruuaaopbk

sumber: twitter

 

“Dia budak yang diasuh dengan baik untuk menghormati orang lain” 

Menurut Khairunnisa, budak dari darjah 3 ni asalnya suruh kakak dia yang tulis surat penghargaan tu manakala dia pulak yang lukis-lukis imej comel tu. Lepas tu, barulah budak comel ni hantar surat tu kepadanya emaknya. Alahaiii baiknya budak ni! 

Cleaner 2
sumber: twitter

 

“Molek sungguh ajaran ibu bapanya. Bagus!” 

Rata-rata netizen sangat tertarik dengan perilaku murid tersebut yang sangat menghormati cleaner selain bersopan santun dengan orang tua. Apa-apapun admin rasa semuanya datang daripada ibu bapanya yang bijak dalam didikan anak-anak.

Bagus
sumber: twitter

Semoga lebih ramai ibu bapa berjaya mendidik anak-anak jadi sebaik ini. 

Baca: “Kalau Allah kata rezeki kita, dia mai lah kedai kita” – Pelanggan Terharu Belajar 3 Ilmu Berguna Dari Sikap Baik Si Penjual Yong Tau Fu

Solt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.