in

“Makcik kiah pun ada” – Netizen Terhibur Tengok Mesej Berlampu Dari Bangunan Hotel di Bangi, Selangor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyyidin Yassin mengumumkan pakej rangsangan prihatin baru-baru in, rata-rata netizen menyambutnya dengan begitu gembira. Lagi-lagi lepas TSMY guna contoh mudah dengan gunakan Mak Cik Kiah jual pisang goreng sebagai penerima dengan amaun yang agak besar.


Ketika Mak Cik Kiah tengan relevan dan famous ni, ada satu hotel di Bangi, Selangor menggunakan bilik-biliknya menyerbarkan mesej keselamatan sempena dengan musim Covid-19 ni dan tak lupa juga, nama Mak Cik Kiah pun ada. Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok tweet oleh @BernamaTV kat bawah ni.

 

Famous lah Mak Cik Kiah!

Nama Kiah ni makin popular hari ke hari. Persoalannya, siapa  Mak Cik Kiah yang korang kenal? Macam admin kenal Mak Cik Kiah tukang jahit, TSMY Mak Cik Kiah jual goreng pisang.

Bagus, macam ni lah yang kita mahukan. Habis covid-19 ni support peniaga tempatan. Pulihkan balik ekonomi kita.

Amazing kan. Menarik dan kreatif betul idea dorang ni. Tolong bagi gaji lebih sikit kepada tuan punya idea pasang lampu bilik macam tu.

Semua terhibur dengan Kiah. Yang penting sekarang ni kita semua kena duduk rumah dah berdoa supaya cepat-cepat selesai Covid-19 ni. Take care ye semua!

 

Baca: Datuk Dr. Marzuki Mohamad: Individu Disebalik Ucapan ‘Makcik Kiah’ TSMY Tempoh Hari

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.