in

Datuk Dr. Marzuki Mohamad: Individu Disebalik Ucapan ‘Makcik Kiah’ TSMY Tempoh Hari

Cats 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masihkah anda ingat lagi ucapan ‘Makcik Kiah’ Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) pada tempoh hari berkenaan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020?


Ucapan ‘Makcik Kiah’ pada tempoh hari mendapat pujian ramai pihak yang menganggap teks ucapan tersebut sungguh mudah untuk difahami dan begitu dekat dengan rakyat. Malah, contoh situasi yang digunakan juga menggunakan nama yang begitu dekat dengan kita semua iaitu Makcik Kiah.

 

Siapa individu disebalik ucapan genius tersebut?

Datuk Dr. Marzuki Mohamad, 46, dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1974. Beliau merupakan individu penting disebalik ucapan ‘Makcik Kiah’ yang disampaikan oleh TSMY pada tempoh hari.

 

91487358 10222570345793253 8282583901914791936 N

Datuk Dr. Marzuki merupakan bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang kemudiannya melangkah masuk ke Pejabat YB Timbalan kepada Perdana Menteri ke-6 pada tahun 2009 sehingga ke 2013 (Tan Sri Muhyiddin).

Beliau sekali lagi mengikuti Tan Sri Muhyiddin semasa menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 2013 sehingga 2015. Selepas itu, beliau kembali semula ke UIAM dan menjadi pensyarah dalam dunia Sains Politik.

Pada 1 Mac yang lepas, beliau kembali ke meja Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Setiausaha Sulit.

Pendidikan Datuk Dr. Marzuki Mohamad

  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1998) 
  • Sarjana Sastera dalam bidang sains politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2001)
  • Doktor Falsafah dalam bidang sains politik dari Australian National University (2008)

Beliau juga minat dalam mengkaji tentang politik pilihan raya, politik hubungan kaum, politik Asia Tenggara, Islam dan undang-undang. Datuk Dr. Marzuki Mohamad kini berkhidmat sebagai Professor Madya di Jabatan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

P/S: Beliau merupakan anak sulung kepada pasangan Almarhum Mohamad Bin Che Ibrahim dan Puan Rokiah Pa’chu. Jadi Makcik Kiah itu ialah ibu beliau sendiri rupanya!

Sumber: Khairul Hakimin Mohamad, Marzuki Mohamad Blogspot

 

BACA: “Sultan merupakan bayangan Allah dibumi” – Kenyataan Tunku Idris Menimbulkan Persoalan Ramai Pihak

Cats 24

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.