in

Makan Tak Ingat Dunia Lepas Dipaksa, Kesian Tengok Adik FoodPanda Ini Kerja Teruk

Page 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang sanggup bekerja lebih dari satu pekerjaan pada masa yang sama demi menampung perbelanjaan bulanan.


Antara pekerjaan yang menjadi pilihan termasuk sebagai penghantar makanan atau rider food delivery.

Redah cuaca panas, hujan ribut untuk hantar pesanan

Terdapat banyak jenis khidmat penghantaran makanan terutamanya di bandar-bandar besar.

Kebanyakannya dibuat oleh golongan penuntut universiti atau anak muda tanpa mengira cuaca panas atau hujan ribut demi mencari sumber rezeki yang halal.

2 1
sumber: twitter
Grabfood
sumber: facebook

Cuma baru-baru ini pengguna Twitter @Afqbhrdn memberitahu, selepas melihat wajah seorang penghantar makanan yang letih tak bermaya, dia telah menjemput pemuda itu makan di rumahnya.

Jangan pandang rendah kepada rider!

Walaupun ada yang mengatakan pengguna Twitter itu sekadar troll rakannya, tapi kita perlu lihat mesej di sebalik apa yang diperkatakan.

D Ubjn7Ucaeul2P
sumber: twitter

Dia cakap belum (makan) dari petang lagi sebab kejar order. Saya jemput dia makan bersama kat rumah saya, awalnya malu- malu. Lepas kena paksa terus makan tak ingat dunia”

Dia juga sempat mengingatkan untuk orang ramai tak memandang rendah mereka yang memilih untuk bekerja sebagai rider.

Kita tak tahu apa yang mereka tempuhi demi memenuhi pesanan kita.

Kita jangan lah pandang rendah dekat rider-rider macam ni. Jangan marah-marah kalau order lambat sampai ke apa, kadang-kadang diorang hantar makanan kat orang, sampai diri sendiri pun tak sempat makan”

Betullah tu kan. Kita ni yang order selalu fikirkan perut sendiri je lapar.

Tapi mereka ni kadang-kadang terpaksa melupakan perut sendiri demi memenuhi pesanan pelanggan

“Bukti strugglenya budak muda sekarang nak survive..”

Admin percaya, bukan dia saja berhadapan dengan perkara seperti ini.

Mesti ada lagi ramai kat luar sana yang kita tak tahu cerita di sebalik pekerjaan mereka sebagai penghantar makanan.

Foodpanda 1
sumber: twitter
Foodpanda 2
sumber: twitter
Foodpanda 3
sumber: twitter
Foodpanda 5
sumber: twitter
Foodpanda 4
sumber: twitter

Kalau ada duit lebih tu, jom belikan makanan lebih untuk mereka isi perut. Tak salah kan kita berbuat baik pada orang?

Baca: “Awak bagi hati sekali” – Customer Nak ‘Adjust’ Penghantar Makanan Ni Buatkan Ramai Lelaki Nak Apply Kerja Situ

Foodpanda7

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.