in

“Mak nanti kita berbual lagi..ada tugasan sikit” – Panggilan Terakahir Ahli Bomba Sebelum ‘Pergi’

Pesananterakhirbomba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam tadi, kita digemparkan dengar khabar berita yang amat mendukacitakan, di mana enam anggota Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) Penyelamat Malaysia (JBPM) lemas di lombong, Taman Putra Perdana, Puchong.


Amat menyentuh hati apabila ibu salah seorang anggota menceritakan perbualan terakhir sebelum ketahui bahawa anaknya lemas dalam Misi Mencari & Menyelamat (SAR) itu.

 

“MAK, nanti kita berbual lagi… saya ada tugasan sikit.”

Ibumangsabomba
Sumber : berita harian

Difahamkan, Allahyarham Yahya Ali, 24 yang ditemui lemas bersama lima lagi rakan setugasnya itu sempat menghubungi ibunya Halimah Geronggong, 42, yang tinggal di Kampung Tian, Matu, Mukah untuk memohon restu.

Menerusi Berita Harian, Yahya bertugas sebagai anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berpangkalan di Klang.

Halimah berkata arwah berjanji untuk menghubunginya semula selepas selesai tugasan.

 

” Tunggu juga panggilan malam tadi sehinggalah… “

Yahyaali
Sumbe foto : kosmo

Dia memang rajin menelefon bertanya khabar saya dan suami, namun perbualan kami semalam tidak lama kerana saya juga ketika itu sedang sibuk memasak di dapur.

Tambahnya lagi, Allahyarham Yahya Ali ini orangnya cukup rajin hubungi keluarganya untuk tanya khabar, tak sangka rupa-rupanya perbualan singkat itu rupa-rupanya adalah panggilan terakhir.

Hampir setiap hari dia menelefon bertanya khabar kami sekeluarga, begitu juga perkembangan pelajaran adik-adiknya. Malah, setiap kali selepas operasi dia pasti akan memaklumkan perkembangannya kepada saya.

 

Tenang menerima takdir biarpun harapan keluarga telah tiada

Mayatbomba
Sumber foto : sinar harian

Halimah yang cukup tenang menerima takdir itu berkata, anak sulungnya daripada empat beradik itu adalah harapan keluarga dan seorang yang sangat rapat dengannya.

“Kali terakhir dia pulang ke kampung pada 21 Julai lalu untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaranya. Ketika itu, tidak ada sebarang perubahan malah, anaknya tetap ceria seperti biasa.”

Apa yang paling menyedihkan katanya, kejadian itu berlaku ketika adik-adik yang lain sedang sibuk menghadapi peperiksaan penting.

“Memang saya tahu dia terbabit dalam operasi itu, namun saya hairan mengapa dia tidak menelefon hingga lewat malam sehinggalah saya diberitahu dia terkorban ketika melaksanakan misi itu,”

“Sebagai insan biasa, kita tidak dapat menolak ketentuan Illahi… apapun, kami sekeluarga berasa amat sedih kerana kehilangan insan yang kami sayang buat selama-lamanya”

Tambahnya, arwah bercita-cita untuk menjadi anggota bomba sejak dari sekolah rendah kerana mahu membantu masyarakat, selain cukup mengagumi kerjaya itu.

Katanya, Allahyarham paling gembira selepas impiannya untuk menyarung pakaian seragam pasukan penyelamat itu tercapai.

Al-fatihah untuk mangsa…

Baca : “Saya dah pesan jangan pergi” – Bapa Terkilan Anak Hilang Punca 6 Bomba Lemas

Dahpesanjanganpergi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.