Kalau korang kaki ‘karok’ yang tegar, mesti lagu-lagu Nora Ariffin menjadi pilihan untuk dinyanyikan. Mempunyai suara yang lunak dan merdu, penyanyi yang terkenal pada awal 90an itu, boleh dianggap salah seorang penyanyi lagenda negara kita.
Selepas kehilangan 3 insan tersayang, baru-baru ini Nora Ariffin kini diuji lagi apabila dicemuh dan dikecam di ruangan komen Instagram miliknya selepas video adegan kurang sopan anaknya bersama bekas kekasihnya itu menjadi tular di Twitter.
https://www.instagram.com/p/CEhFO_wHGF2/
Pun begitu, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Di Persimpangan Dilema’ itu sehingga kini tidak memberikan sebarang respon atau komen tentang video anak perempuannya itu.
Walaupun dikritik dan dikecam hebat, namun, masih ramai yang ‘backup’ Nora dengan mengharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang lebih sopan dan tidak perlu diperbesarkan
Diharapkan masalah ini akan segera diselesaikan dan kak nora dan keluarga akan sentiasa berada dalam lindungan-nya