in

Mahkamah Persekutuan Putuskan Undang-undang Syariah Tetapkan Seks Luar Tabii Sebagai Jenayah Tidak Sah, Tak Ikut Perlembagaan

Seks Luar Tabii

Pada 2018, seorang lelaki yang dirahsiakan identitinya telah didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor atas pertuduhan cuba melakukan seks luar tabii dengan lelaki lain di sebuah rumah di Selangor.

Mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut, lelaki itu menerusi peguamnya telah memperoleh kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mulakan prosiding menerusi petisyennya terhadap kerajaan Selangor dan deklarasi bahawa Seksyen 28 Enakmen 28 Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah itu tidak sah.

Menurut Bernama, Mahkamah Persekutuan hari ini telah memutuskan bahawa peruntukan undang-undang Syariah Selangor yang menetapkan seks luar tabii sebagai jenayah adalah tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan. 

Evdp35Hvkaqhuzb
Ketua hakim negara tun tengku maimun

Perkara ini diputuskan oleh panel sembilan hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mendapati Seksyen 28 Enakmen Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan perkara yang termasuk dalam senarai Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu di bawah kuasa Parlimen.

 

“Hanya parlimen ada kuasa eksekutif untuk gubal undang-undang tetapkan seks luar tabii jenayah”

Menurut Tengku Maimun, Seksyen 28 belum secara sah digubal oleh badan perundangan negeri Selangor, dan undang-undang mengenai perkara yang dibahas dalam seksyen berkenaan hanya boleh digubal melalui parlimen.

Dalam ringkasan penghakiman yang diedarkan kepada media, beliau juga berkata, hanya parlimen yang mempunyai kuasa eksekutif untuk gubal undang-undang menetapkan seks luar tabii sebagai jenayah. 

763708

Bagi yang masih keliru apakah Seksyen 28 Enakmen ini, ia memperuntukkan bahawa menjadi kesalahan Syariah bagi mana-mana orang yang melakukan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii dengan mana-mana lelaki, perempuan atau binatang.

Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana gabungan hukuman itu.

Perbicaraan lelaki terbabit di Mahkamah Tinggi sebelum ini telah ditangguhkan sementara menanti keputusan hasil usulnya itu.

Baca: Lelaki 20 Tahun Diliwat 8 Kali Bergilir-gilir Masa Jogging Sendirian, Siap Dipaksa Seks Oral 2 Lelaki!

Liwat

Sumber: Bernama
Sumber: Sinar Harian