29 anggota polis termasuk Timbalan Komisioner dan seorang inspektor yang memiliki RM1 juta dalam bank akaunnya kini sedang disiasat selepas didakwa terlibat dalam sindiket judi dalam talian Macau scam bersama suspek utama, Goh Leong Yeong dan Zaidi Kanapiah.
“Seramai 29 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini disiasat. Mereka dipercayai terlibat dengan Macau scam dan suspek utama sindiket judi dalam talian Zaidi Kanapiah atau dikenali sebagai Addy Kanna dan Goh Leong Yeong atau Alvin Goh.”
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, semasa disoal siasat, pihaknya telah menanyakan inspektor polis yang ditahan tentang jumlah baki akaunnya yang banyak.
Antara jawapan yang diberikan adalah melalui saham dan hadiah pemberian dari ayahnya. Bagaimanapun, kami akan buat siasatan lanjut.”
Tambah Zamri lagi, siasatan ini dibuat berdasarkan jumlah aset yang luar biasa jika nak dibandingkan dengan gaji, kedudukan, sejarah perjalanan ke luar negara dan beberapa aspek lain, lapor Harian Metro.
“Kertas siasatan terhadap semua pegawai ini dijangka siap bulan hadapan sebelum diberikan kepada orang atasan untuk tindakan lanjut.”
Sebellum ini, Zamri mengatakan seramai empat pegawai polis sedang disiasat atas penglibatan mereka dengan sindiket yang menyasarkan mangsa di China namun selepas siasatan lanjut dibuat, mereka menemui seramai 29 pegawai polis telah terlibat.
Baca: Macau Scam: 10 Lagi Artis, Selebriti Yang Juga Kawan Isteri Suspek Utama Akan Dipanggil SPRM