in

[Video] Pegawai Polis Tenang Layan ‘Scammer’ Yang Mengaku Staf Pos Malaysia, Siap Ajar Buat Report Polis Lagi

Ft Polis Final 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut tentang Macau Scam, sudah pasti kebanyakan dari korang tahu berkaitan modus operandi yang kerap digunakan oleh penjenayah sindiket penipuan ini untuk mengaut ‘kekayaan’ dari hasil penipuan. Antaranya melalui panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial dan sebagainya.


Walaupun pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak polis untuk membendung masyarakat daripada menjadi mangsa seterusnya, namun masih ada lagi segelintir individu yang termasuk ‘jerat’ sindiket ini gara-gara teknik yang digunakan oleh mereka untuk menipu adalah sangat licik.

Bukan setakat orang awam sahaja menjadi mangsa scammers ini, malah pihak polis juga tidak terkecuali daripada menerima panggilan palsu ini.

Baru-baru ini, seorang penjenayah sindiket penipuan ‘terciduk’ apabila telah tersalah dalam memilih mangsa terbaru mereka yang merupakan seorang anggota polis!

 

Mengaku staf Pos Malaysia Kuala Lumpur

Polis 1

Menerusi klip video yang dikongsikan di media sosial ini, seorang pegawai polis kelihatan tenang ‘melayan’ panggilan telefon palsu daripada seseorang yang mengaku sebagai staf Pos Malaysia Kuala Lumpur.

Menurut scammer tersebut, polis tersebut dikatakan ada membuat penghantaran bungkusan daripada Sabah ke Kuantan namun bungkusan tersebut kononnya tidak dapat dihantar gara-gara mengandungi bahan ‘terlarang’ sehingga melibatkan pihak Kastam dan Imigresen pula.

Tambahnya lagi, bahan ‘terlarang’ tersebut terdiri daripada sekeping kad pengenalan (I/C) dan juga kad kredit yang didaftarkan atas nama pegawai polis tersebut.

Mintak tunjuk ajar cara buat report polis

Apa yang melucukan, perbualan tersebut diteruskan pula sehingga ke pegawai polis yang mengaku berpangkat Sarjan dari Sabah setelah pegawai polis ini memberitahu si scammers untuk meminta ‘tunjuk ajar’ cara untuk membuat laporan polis mengenai barang ‘terlarang’ yang didakwa atas namanya itu.

 

 

Sampai kesudah tak sedar diri kena ‘scam’ 

Rakaman video tersebut telah dimuat naik oleh pegawai polis itu di laman Youtube @Rahmat Fitri dan berjaya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa lucu dan geli hati apabila melihat scammers itu masih tidak sedar sampai ke sudah bahawa dirinya telah di‘scam’ pula oleh pegawai polis berkenaan.

Komen Yt 1

Komen Yt 2

Korang dah tengok video abang polis ni boleh la try pulak dekat scammers. 

Baca: “Kena bayar kalau tak nama blacklist” – [VIDEO] Rakaman Perbualan Scammer Cuba Tipu Polis, Mengaku Dari Jabatan Kastam Baca Polis 1

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.