in

“Fitnah, saya akan ambil tindakan” – Aset Dibekukan, Aliff Syukri & Isteri Nafi Terlibat Macau Scam

Aliff6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 1 Oktober lepas, hangat diperkatakan mengenai aset milik Dato Aliff Syukri yang dirampas dan disita oleh SPRM berhubungan dengan kes penipuan Macau scam.


Bagaimanapun, Dato Aliff dan isteri, Datin Shahida, menafikan mereka terlibat dengan aktiviti haram tersebut.

Datin Shahida memberitahu kepada media bahawa tiada aset yang disita.

Aset-aset tidak disita. Saya masih boleh guna kereta milik saya seperti biasa dan ia tak dirampas.”

 

Siasatan polis mendapati mereka bebas dari sindiket tersebut

“Mungkin SRPM merasakan kami ada kaitan. Jadi, mereka ke rumah kami dan siasat. Mereka ambillah apa-apa benda yang mereka perlukan dan alhamdulillah, selepas disiasat kami tiada kena-mengena dan tiada kaitan.”

 

Menurut Harian Metro, Dato Aliff bagaimanapun enggan mengulas mengenai isu ini apabila dihubungi tapi memberikan amaran kepada sesiapa yang menyebarkan berita palsu di instastory miliknya.

Semua benda yang membabitkan fitnah dan penyebaran berita palsu, saya akan ambil tindakan.”

 

Biarlah polis jalankan siasatan, jangan cepat menuduh. Kang mendapat surat layang. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh undur, terlajak kata badan binasa!

 

Baca : “Saya tidak ada kena mengena dengan sindiket tu” – Zulin Aziz Sangkal Dakwaan Terlibat Dengan Macau Scam?

Aliff7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.