in

Dalang Utama Judi Online! Alvin Goh, Addy Kana & 2 lagi Anggota Polis Ditahan 2 Tahun Dibawah POCA

Ft Macau 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas Malaysia digemparkan dengan penangkapan dalang perjudian dalam talian, Macau Scam, akhirnya Lembaga Pencegah Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk menjatuhkan hukuman terhadap kesemua tertuduh Jumaat lalu.


Selepas hampir dua bulan siasatan dilakukan terhadap keempat-empat tertuduh, akhirnya mereka akan ditahan selama dua tahun mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Capture 3

 

Ditahan Di Penjara Berbeza

Keempat-empat tertuduh diletakkan di penjara yang berbeza, manakala hanya dua daripada mereka di tempat yang sama.

Alvin atau nama sebenarnya Goh Leong Yong, ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor. Dia turut ditempatkan bersama seorang anggota polis di penjara yang sama.

Manakala, Addy Kana pula ditempat di bahagian Utara negara, iaitu di Penjara Pokok Sena, Kedah. 

Seorang lagi anggota polis yang terlibat dengan kegiatan ini dari Kontijen Selangor ditempatkan di Penjara Bentong, Pahang.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed ketika disoal mengenai penahanan ini, beliau memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan dalam masa yang terdekat.

Nama Addy Kana dan Alvin Goh meniti di bibir netizen selepas penangkapan terhadap mereka dibuat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pada Oktober lalu lapor Harian Metro.

Capture 2 1

 

Penahan kedua-dua individu tersebut dilakukan selepas mereka didapati terlibat dengan akitiviti penipuan Macau Scam serta judi dalam talian.

Kegiatan ini mensasarkan mangsa di China selain turut didapati bekerjasama dengan kartel penipuan di luar negara.

Susulan penangkapan terhadap mereka dibuat, beberapa selebriti tanah air, anggota polis serta pegawai turut ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan.

Harapnya lepas ni tak ada lah yang cuba nak ambil alih sindiket ni, tak baik tau buat aniaya orang…

Baca : Addy Kana & Alvin Terlibat Dalam Macau Scam, Jadi Ejen Sindiket Didalangi Warga China – Polis

Capture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.