in

“Macam tak perlu je” – Netizen Rasa Kurang Selesa Dengan Lagu ‘Justice For Zara’?

ft lagu justice

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bergema di merata tempat laungan ‘Justice For Zara’ yang kini telah mendapat perhatian mereka yang di luar negara. Terkini, dilihat lagu ‘Justice For Zara Qairina’ pula sedang rancak dimainkan di media sosial.

Namun begitu, ada pula di kalangan netizen dikatakan berasa rasa kurang senang dengan kemunculan lagu tersebut.


Ramai warganet memberikan reaksi bercampur baur setelah mendengar lagu itu dan menganggap lagu berkenaan seakan tidak wajar digubah.

Artikel berkaitan: Kes Zara Qairina: Pengetua, PK HEM & Warden Ditempatkan Di JPN Sabah

Artikel berkaitan: KPM Rayu Orang Ramai Tidak Boikot & Berhimpun Depan Sekolah Zara Qairina

 

Netizen kurang senang lagu ‘Justice For Zara Qairina’?

Di samping itu, ramai juga netizen berpendapat bahawa jika ingin betul-betul membantu dalam menegakkan keadilan buat mangsa buli, perkara tersebut haruslah dilakukan secara general tanpa menjurus ke arah satu-satu nama seseorang.

Bagaimanapun, ada juga yang menyifatkan lagu tersebut mungkin bermanfaat jika ia hanya bertujuan untuk kesedaran tanpa melibatkan keuntungan peribadi, jadi ia tidak mengapa.

lagu 1 lagu 2 lagu 3 lagu 4 lagu 5 lagu 6 lagu 7 lagu 8 laguy

 

Tujuan nak beri gesaan kepada pihak berkuasa – Norsalim Ali

Walau bagaimanapun, pencipta lagu ‘Justice For Zara Qairina’ iaitu Norsalim Ali menjelaskan kepada Sinar Harian bahawa lagu tersebut membawa mesej untuk menggalakkan orang ramai bersuara dan menuntut keadilan bagi mangsa buli.

Jelasnya lagi, pembikinan lagu menggunakan teknologi AI itu bertujuan untuk memberi gesaan kepada pihak berkuasa supaya menyegerakan siasatan berhubung kes tersebut.

“Sebagai seorang ayah dan juga datuk kepada 10 cucu, saya rasa kematian (Zara Qairina) yang disembunyikan adalah sesuatu yang pelik.”

“Sepatutnya perkara ini disegerakan sebab ia berlaku dalam kawasan asrama, ada pengawal keselamatan, guru dan warden.”

“Apabila ia makan masa begitu lama dan sebagainya, saya rasa pelik. Jadi saya fikir, kematiannya perlu diangkat untuk dibela.”.

Ada yang dah dengar lagunya? Apa pendapat anda?

Sumber : Sinar Harian, TikTok, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.