in

“Macam tak caye je!” – Hilang 18kg Dalam 3 Bulan, Ramai Yang Terinpirasi Dengan Cara Diet & Workout Ameng Spring

Ameng Sudah Kurus Korang Bila Lagi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pepatah ada mengatakan, siapa yang berusaha dialah yang akan berjaya. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lepas nampaknya telah memberi perubahan besar kepada penyanyi Ameng Spring apabila dia muncul dengan penampilan lebih kurus dari terdahulu. 


Menerusi perkongsian di Instagram Ameng, isterinya Sabariah Zakaria, mengakui tidak percaya dengan perubahan drastik suaminya itu.

Ameng

Ameng katanya telah turun 18kg hasil daripada pengawalan makanan dan workout yang dilakukannya selepas kerajaan melonggarkan PKP. 

“Kita terinspirasi dengan perubahan Encik Hubby kita. Siapa sangka kan… kita sendiri pun tidak terjangka. Macam tak percaya saja. 

“Sejak awal PKP 18 Mac sehingga sekarang Encik Hubby nekad… kawal sendiri polar makanan dia. Tiga bulan pertama tak boleh ke gym sebab PKP.

“Tapi bila kerajaan umum gym dah boleh buka hingga sekarang Encik hubby tak pernah terlepas workout,” katanya.

 

“Makin encem Abg Ameng kite dah kurus”  

Perubahan yang dilakukan Ameng itu mendapat pujian netizen yang terkesima dengan semangat yang dimiliki penyanyi tersebut.

Ada juga yang mengatakan Ameng terlihat lebih kacak dengan penampilan terbaru ni.

Kemah

Berikut antara gambar-gambar Ameng yang dah ketara semakin kurus. Fuh tetiba pulak admin rasa nak diet sekarang ni!

View this post on Instagram

Repost from @sabariahzakariah . Yeay .. finally selepas 3 bulan, thru strictly diet on his own .. En Hubby berjaya menurunkan berat badan lebih 18 kg. Proud of u Darling. Kita nak ikut gak tp pelan2 .. he is my mentor. One thing abt him sgt rajin ke gym .. kawal setiap pengambilan makanannya sdiri. Dia tahu apa yg dia makan .. setiap portion yg dia amik. PKP membuatkan dia nekad. Wpun ada suara2 mengatakan perghh abis PKP .. Ameng mesti mcm belon. Its ok .. tq. Tp jgn ada pulak ckp Ameng gi potong perut lah.. amik tu lah amik ni lah.. NO NO NO .. jgn buat2 cerita tau. Fitnah namanya tu nanti.. Apa pun dah dah lah En Darling .. x mo kurus lg. Juz maintain je ok. . #banyakbajudahoversizepulak #cakapbaik2semuanyaakanbaik2 #amengspringofficial

A post shared by Ameng Spring ??? (@amengspringofficial) on

Jom diet dan kurus macam Abang Ameng! 

Baca: “Saya merayu kepada rakyat M’sia, jangan cuba apa jenis pun ubat kurus. Semuanya SAMPAH” – Dr Rafidah

Sampah 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.