in

“Macam tak boleh main tempat lain” – [VIDEO] Polis Cari Lelaki Main Meriam Tepi Jalan Raya

Ft Main Meriam Tepi Jalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam tadi, viral satu video yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang bermain meriam karbaid di tepi jalan raya.


Video viral di Twitter itu telah mengundang kemarahan netizen kerana mereka main di tempat awam yang boleh mengundang bahaya.

 

Orang tua-tua naik motor, terkejut boleh berlaku kemalangan”

Dalam video berdurasi 2 minit 20 saat itu, dilihat seorang lelaki bakar meriam dan seorang lagi lelaki memberikan keterangan menunjukkan cara mereka menyediakannya.

Dalam masa yang sama, dilihat ada kereta dan motosikal lalu lalang di kawasan tersebut, malah mereka dilihat seperti berbalas bunyi letupan dengan orang lain dan lelaki tersebut menyatakan bahawa ia kononnya adalah satu suasana kemeriahan sebelum menjelang hari raya, malah alasannya boleh raikan, tak semestinya di kampung sahaja.

Malah, dilihat seperti meriam itu dihala ke arah jalan besar.

https://twitter.com/malaysiavirall/status/1513333500753358850?s=21&t=JAuEunKdOxahDxsBlmCQaA

Pernah hampir nak jatuh motor sebab terkejut dengar bunyi ni – Netizen

Rata-rata netizen marah dengan tindakan mereka ini, malah ramai yang tag pihak polis untuk mengambil tindakan kepada mereka.

Meriam Meriam2 Meriam3 Meriam4 Meriam5

 

Polis tengah kesan pelaku

Susulan dengan tularnya video tersebut, ia mendapat perhatian daripada pihak polis. Menerusi laporan Astro Awani, Polis Pulau Pinang kini sedang menjalankan siasatan terhadap mereka.

Kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ( SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, siasatan mendapati bahawa mereka bermain meriam karbaid di Jalan Permatang Rawa di Bukit Mertajam.

Bermain mercun atau meriam karbaid sempena Hari Rata Aidilfitri itu adalah satu kesalahan di bawah seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dimana, boleh berdepan dengan hukuman penjara 7 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika bersalah.

Baca : “Tak kesah lah yang penting aku nak gelak” – [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Remaja Sakat Budak Kecil Main Meriam Tin Dekat Kampung

Meriam Tin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.