in

“Macam musim pulak” – Kereta Remuk Teruk Lepas Cangkuk Kren Terjatuh, Pemandu Kren Larikan Diri

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sabtu lepas, kita semua dikejutkan dengan DUA insiden bahan pembinaan yang besar dan berat terjatuh atas kenderaan. Satu, batu konkrit yang terjatuh dari flyover sedang dalam pembinaan di Lebuhraya SUKE dan satu lagi kejadian, bahan binaan yang diangkat oleh kren menara terjatuh di SS2, Petaling Jaya.


Dah macam musim, malam semalam, kejadian yang hampir sama turut berlaku di Taman Len Seng, Cheras bila cangkuk besi dari kren dipercayai telah terjatuh ke atas kereta yang memandu di depannya sebelum pemandu kren melarikan diri.

Insiden yang berlaku pada jam 8.30 malam ini melibatkan pemandu e-hailing berusia 55 tahun yang berjaya diselamatkan tanpa kecederaan.

120038283 1688171891360514 5073462084497783159 N

Dalam gambar yang tular di media sosial, jelas menunjukkan bahagian belakang kereta remuk teruk sementara pasukan bomba menyiasat kejadian dan membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Menurut Berita Harian, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihak polis tak menemui barang yang menyebabkan kereta tersebut remuk.

119706832 1688171921360511 486407845222537003 N

Siasatan mendapati pemandu kereta itu membelok ke kiri untuk masuk ke Jalan Len Seng dari Cheras, lalu dirempuh sebuah kren dari belakang yang sedang bergerak di jalan sama.

“Akibat kemalangan itu, cangkuk kren itu menghempap bumbung kereta berkenaan. Pemandu yang tersepit dalam kereta dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba.

“Pemandu kren yang masih tidak membuat laporan polis dipercayai tidak memberhentikan kenderaannya dan bertindak meninggalkan kawasan kejadian.”

119822305 1688172144693822 8975384302160010237 N

Siasatan lanjut juga turut tak menemui apa-apa serpihan objek yang menyebabkan kereta Saga tersebut rembuk teruk. Namun kes ini masih lagi dalam siasatan.

Syarikat Prolintas yang mengendalikan projek SUKE telah mengeluarkan kenyataan mengatakan kren yang melanggar kereta tersebut bukan dari projek yang sama dan meminta orang ramai untuk tidak kongsikan berita palsu dan menunggu kenyataan rasmi sebelum memberikan apa-apa komen.

 

Baca: “Good luck lah buyer” – Tapak Pembinaan Apartment Di Taman Desa Tiba-Tiba Runtuh & Ada Pekerja Terperangkap?

Screenshot 2020 09 21 At 11.38.02 Am

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.