“Good luck lah buyer” – Tapak Pembinaan Apartment Di Taman Desa Tiba-Tiba Runtuh & Ada Pekerja Terperangkap?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sesiapa yang tinggal di Taman Desa take note! Sebentar tadi berlaku satu insiden dimana ada bangunan apartment yang masih dalam construction tiba-tiba runtuh!

 

Ada pekerja terperangkap?

Kejadian itu dikatakan berlaku pada 3.37 petang tadi (14  Februari 2020), di mana sebahagian daripada bagunan itu tiba-tiba jatuh menjunam.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, tiga trak bomba dan lebih daripada 10 anggota datang ke lokasi kejadian. Dikhabarkan ada orang terperangkap dalam runtuhan itu.

Bagaimanapun, operasi kini masih lagi dijalankan dan masih belum menerima laporan jumlah kecederaan yang terjadi.

Disamping itu, ia telah mencetuskan kebimbangan orang ramai, ada yang kata kejadian ini bukanlah pertama kali dan rata-rata bimbang melihat keadaan bangunan tersebut terutamanya kepada mereka yang dah beli unit itu.

 

Good luck lah buyer – Netizen

Harap-harap pekerja buruh disana tak ada apa-apa.

 

Baca : “Seram weh” – Empat Orang Cedera Dalam Kejadian Kren Runtuh di Sentul

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?