in

“Macam lalok” – Semalaman Tak Balik Rumah, Netizen Risau Tengok Remaja Disyaki Ambil Pil Terlarang

Remaja Perempuan Disyaki Khayal

Sebagai ibu bapa, tindakan serta pergerakan anak-anak haruslah dipantau dan diambil tahu supaya mereka tidak melakukan perkara di luar batasan yang boleh membahayakan dan mendatangkan musibah kepada mereka. Apatah lagi jika kita melihat remaja yang sedang mengenal dunia bergaul dengan mereka yang kurang berakhlak sehingga menjurus ke arah perbuatan yang kurang baik.

Datang dalam keadaan ‘lalok’

Baru-baru ini, menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @nrathirah_m, dia telah berkongsi satu video keadaan seorang remaja perempuan yang berdiri terhuyung hayang sambil cuba membuat panggilan telefon di kedainya.

1

Apa yang membuatkan pengguna TikTok terkejut adalah mereka dijemput di sebuah rumah yang ada lelaki dan ketika berada di kedai, salah seorang daripada mereka berada dalam keadaan khayal.

Difahamkan mereka juga sudah tidak pulang semalaman ke rumah. Hal tersebut dimaklumkan sendiri oleh remaja terbabit ketika meminta tolong menghantarnya pulang.

Tak hantar polis sebab kesian

6

Menjengah ke ruangan komen, pengguna TikTok yang lebih dikenali sebagai Tirah menjelaskan mengapa dia tidak menghantar remaja tersebut ke balai polis adalah disebabkan rasa simpati mengenangkan remaja tersebut masih muda.

Mereka juga khuatir dipersalahkan kerana remaja tersebut mengaku mengambil bahan terlarang. Ramai netizen turut risau dengan keadaan remaja perempuan terbabit yang masih muda namun sudah terlibat dengan perkara bukan-bukan.

“Saya nak heret dia ke balai pun takut. Atas dasar simpati kami biarkan dan hantar dia balik” – Tirah

4

Ingat adik-adik semua, jangan sesekali kita ambil bahan terlarang tau! Sentiasa fikir mak ayah yang usaha besarkan kita jadi orang yang berguna!

Baca: “Remaja 15 Tahun Tengah ‘Lalok’  Dadah, Merompak Stesen Minyak”

5

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok