in

Remaja 15 Tahun Tengah ‘Lalok’ Dadah, Merompak Stesen Minyak

Ft Dadah Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan remaja zaman sekarang semakin terdedah dan mudah terpengaruh dengan pelbagai perkara yang negatif disebabkan faktor pengabaian ahli keluarga, pengaruh rakan sebaya atau mungkin juga disebabkan sifat ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baru.


Seperti yang berlaku baru-baru ini, seorang remaja yang baru berusia 15 tahun tetapi sudah berani untuk merompak sebuah stesen minyak.

 

‘Lalok’ dadah sebelum merompak

Bukan itu sahaja, remaja itu juga dikatakan sedang ‘lalok’ dadah sebelum membuat keputusan untuk merompak stesen minyak tersebut sebelum berjaya ‘dicekup’ oleh pihak polis.

Kejadian ini dikatakan berlaku di sebuah stesen minyak di Kampung Cherang, Meranti pada 6.45 pagi Selasa lalu.

Lapor Harian Metro, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi, berkata pihaknya telah menerima laporan daripada pemilik stesen minyak terbabit dan mengerahkan anggotanya dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik Daerah (BSJND) Pasir Mas untuk terus menjalankan siasatan.

Menurutnya, pihaknya berjaya menahan remaja terbabit di rumahnya di Kampung Chat pada pukul 9.50 malam, hari yang sama.

 

Guna besi nak pecah masuk

Selain merampas barangan yang disyaki dicuri, pihak polis turut merampas sebatang besi sepanjang 82 sentimeter yang dipercayai telah digunakan oleh remaja berkenaan ketika merompak.

Menerusi siasatan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dilihat menceroboh masuk ke dalam stesen minyak dengan memecahkan cermin di bahagian hadapan kaunter dengan menggunakan besi yang dibawa.

Feat Dadah Besi

Suspek juga dikatakan telah melarikan pelbagai jenis rokok, wang tunai, duit syiling, kad tambah nilai dan air minuman yang dianggarkan bernilai RM5,000.

Bukan itu sahaja, kerosakan yang dialami oleh stesen minyak itu juga berjumlah RM10,000.

Feat Dadah Duit

 

Nak beli dadah

Suspek turut mengaku bahawa rokok dan kad tambah nilai dijual kepada rakannya dengan harga yang murah, manakala wang yang dicuri pula digunakan untuk membeli dadah.

Kes telah disiasat di bawah kesalahan 457 Kanun Keseksaan dan sekiranya disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara selama 5 tahun dan didenda atau dipenjara selama 14 tahun bagi mana-mana kesalahan yang dilakukan kali kedua serta boleh dikenakan denda atau sebat.

Remaja terbabit telah pun ditahan reman selama enam hari bermula semalam sehingga 9 November.

Selain itu, hasil ujian saringan air kencing remaja tingkatan tiga ini juga adalah positif dadah jenis Methamphetamine.

Baca: “Member dah kejung boleh menganjing lagi” Remaja Overdose Dadah Digelak Kawan, Dah Meninggal Baru Cakap Salah Faham? Baca Dadah

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.